berita

Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey Natasha Sah Bergelar Suami Isteri

December 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.

Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000. Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Sumber : Murai

SKIP THIS AD ×