berita

Kilauan Permata Menyerlahkan Gaya Itali Sejati!

September 4th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Revolusi terbaru untuk menikmati dunia mewah dengan rekabentuk terunggul yang diilhamkan daripada hasil kombinasi hebat  yang merentasi zaman di lokasi-lokasi yang terkemuka di seluruh pelosok dunia. Bertakhtakan batu-batu eksklusif berwarna-warni dengan gabungan Mother of Pearl mampu menghasilkan pesona keanggunan kepada si pemakai. Pasti terpancar aura keserian sinar gemerlapan tatkala si pemakai menggunakannya.

Sofia, Pemaisuri Sofia dari Sepanyol!

Mementingkan gaya itali yang sejati, jenama terulung di Eropah iaitu Moraglione 1922 menghasilkan satu daripada koleksinya iaitu Sofia yang diilhamkan oleh kerabat raja elit Eropah iaitu daripada Pemaisuri Sofia dari Sepanyol.

Dimana setiap penghasilan batu permata yang dilakukan digabung dengan 2 batu berlainan sehingga menghasilkan warna-warna yang eksklusif antaranya ialah’ Turquoise’.

Direka khas bagi si gadi muda yang mementingkan aksesori kemewahan dalam kehidupan seharian. Ianya juga merupakan koleksi paling popular di Eropah dan didatangkan khas 150 unit sahaja. Harga bagi kemewahan gemerlapan ini daripada sederhana kepada tinggi mengikut bentuk dan saiz batu tersebut.

Grace, Puteri Grace dari Monacco!

Koleksi batu permata gemerlap berkilau bersinar persis bintang di angkasa dengan reka bentuk kemasan tersendiri lahirlah batu permata daripada Grace yang diilhamkan oleh golongan kerabat diraja elit Eropah iaitu Puteri Grace dari Monaco.

Batu permata yang diilhamkan daripada mata Puteri Monaco itu merupakan unit eksklusif dan  ianya dihasilkan dengan ciri-ciri yang elegan.

Kemasan pembuatan daripada buatan tangan diselitkan dengan perincian mewah daripada batu permata yang besar. Didatangkan khas untuk 20 unit sahaja telah membuktikan bahwa unit ini terhad dan nilainya sangat berharga.

Anastasia, Puteri Anastasia dari Rusia!

Menawarkan glamor, anggun, dan sofistikasi merupakan salah satu koleksi daripada Moraglione 1922 yang diilhamkan oleh kerabat diraja elit Eropah iaitu Puteri Anastasia dari Rusia.

Anastasia sempena nama puteri dari Rusia itu digabungkan dengan 2 batu berlainan yang terdiri daripada Mother of Pearl dimana ianya mampu menghasilkan warna-warna yang lembut seperti Pink Sapphire. Sinaran cahaya yang lain daripada yang lain memberikan pantulan cahaya yang memukau.

Penciptaan reka bentuk dan gabungan daripada batu natural yang lama dari Negara besar seperti Rusia, South Africa dan Africa membuktikan penghasilannya daripada 100% itali. Bagi si cantik yang meminati rona lembut, Anastasia ini pasti memberikan imej yang anggun hasil daripada gabungan warnanya yang menarik.

Isabella, Pemaisuri Isabella dari Sepanyol!

Sinaran kegemilangan memancar memenuhi ruangan diri tatkala digayakan bagi mereka yang mementingkan nilai kemewahan dalam penggayaan. Setiap perincian mewah yang glamor menyelubungi setiap kemasan buatan tangan daripada pereka berkemahiran tinggi yang hebat.

Rekaan eksklusif dengan mengetengahkan idea daripada cahaya pasir mampu membuatkan pihak lain menjeling kea rah aksesori yang hebat ini. Terhad dan eksklusif, itu yang boleh diperkatakan.

Ini kerana hanya sebanyak 20 unit sahaja dikeluarkan bagi memenuhi kehendak si pemakai. Hasil gabungan batu permata berlian menghasilkan warna daripada tindakbalas  ‘Warm dan Mountain in Spain’. Batu permata yang bersinar dan besar ini mampu menyerlahkan personaliti di kalangan wanita yang inginkan keterampilan yang ‘vogue’.

SKIP THIS AD ×