berita

Kim Hyun Joong Menggoda Dalam MV Beauty Beauty

July 11th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Hyun Joong

Ingat lagi tak  Kim Hyun Joong? Ala, yang berlakon watak Ji Hoo dalam Boys Over Flower tu. Rasanya dah lama tak dengar perkembangan terbaru jejaka kacak ni kan.

Terbaru, ketua kumpulan K-Pop SS501 ini sudahpun melancarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Beauty Beauty’. Kami dah dengar lagu ni, rancak dan menarik tau!

Menariknya, dalam MV berdurasi 5:00 ini, Hyun Joong menampilkan karakter yang bakal membuat peminat-peminat K-Pop khususnya golongan wanita cair menyaksikan aksi menggodanya.

Hyun Joong sexy

Tapi jangan salah faham ya, aksi menggoda yang dimaksudkan adalah cara Hyun Joong memikat gadis pujaan hatinya. Comel dan sangat bersahaja.

Malah, penampilan terbaru si kacak ini nampak seperti lain dari yang lain. Tak melampau kalau kami katakan Hyun Joong tampak lebih muda remaja giteww!

Kalau korang nak tahu, lagu terbaru ini telah direka oleh penulis lirik dari Sweden iaitu Andreas Weise dan Andreas Oberg. Kelas tau Hyun Joong dapat khidmat komposer antarabangsa.

Screen Shot 2014-07-11 at 1.40.15 PM

Sekadar info tambahan, MV ini turut termasuk dalam mini album terbarunya yang berjudul ‘Timing’ yang turut memuatkan lagu-lagu seperti His Habit, Nothing On You dan Words I Want To Say.

Buat korang yang masih belum menonton MV ini, nah! kami sediakan untuk tatapan anda. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×