berita

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

February 9th, 2015 | by Wan | 9 comments
1.3K
reads
K-POP

kim

Sebut sahaja nama Kim Jong Kook pasti ramai terbayang akan keletahnya dalam Running Man. Terbaru penyanyi berbadan sasa itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan Running Man kerana kerap cedera sepanjang rancangan tersebut.

Habis siapa yang bakal menggantikan tempat Kim Jong Kook yang dikenali sebagai ‘Commander‘ ini?

Akui Sering Cedera

kjk cedera

Ketika ditanya menerusi program ‘Healing Camp’, Kim Jong Kook menjelaskan dirinya terfikir untuk meninggalkan rancangan tersebut dua tahun lalu kerana kerap cedera dan bergantung dengan bekalan ubat.

Saya sering membawa bekalan ubat ketika berada di set penggambaran Running Man dan saya akui agak sukar untuk saya meneruskan penggambaran tanpa bantuan ‘athletes tape’ itu.

Kerana sering tercedera saya pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan tersebut dua tahun yang lalu.

Rasa Bersalah Terhadap Rakan Sepasukan

Akibat kerap cedera, Kim Jong Kook merasa bersalah terhadap rakan sepasukan. Iyalah rancangan tersebut memerlukan kecergasan untuk lari sana sini. Kalau tak fit, memang kena tapau la jawabnya.

Perasaan bersalah sering menghantui diri saya kerana khuatir saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ahli dan juga produksi Running Man.

Apa pun kami pasti Kim Jong Kook takkan tinggalkan rancangan tersebut berikutan sambutan luar biasa peminat seluruh dunia. Malah ada yang menonton Running Man semata-mata nak tengok Kim Jong Kook.

Kredit Berita : Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, sedang berusaha memenangi hati Ummi Nazeera, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

9 Comments

  1. rora says:

    runningman <3 #kimjongkook #dontleave #commander #loveyou #RoK

  2. star says:

    ala… ta bes la gni..

  3. love kim jong kook says:

    jangan lah pergi….x best lah kalau tak der kim jong kook :(

  4. Lolo says:

    sebenarnya ada bagusnya jugak bila Jong kook tinggalkan RM ni.. at least ada chance la members yg lain utk TAPAU game2 yg melibatkan fizikal.. ye la selalunya game2 fizikal memberi kelebihan buat Jong Kook..

  5. apa punya turr says:

    Adoiyaii… tak best la kalau dia kuar.. Harap2 tak menjadi kenyataan.. Aku suka tengok kalu dia buat2 bergaduh ngan jae suk dan bila sesekali dia kena buli ngan kwang soo…

  6. jene says:

    Berita tah mana dapat… Pandai2 je….

  7. RM says:

    tajuk article very misleading. where did you get your facts saying KJK is leaving RM? he thought about it but not going to. i googled for the real fact, satu pun xda except for this cheap article.

  8. keluar jela…kasi org lain lak masuk

  9. Samiey says:

    Alah..nDa Best Lha kaLau Kim Jong Kook Keluar..
    Semua PeminaT mengHaraP Kan Dia.. Coz Saya PeminaT Setia nya..
    #Jangan_Lha_Kluar.