berita

Kisah Benar Lelaki Jutawan Ini Muflis Pada 1997 Kini Menjadi Jutawan Semula

June 20th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

dr m

Rasanya bulan-bulan Ramadhan ini, elok jika kita kongsikan kisah motivasi macamni kan? Mana tahu ada yang ter’inspirasi’ dengan kisah ni kan?

Kali ini kami nak highlight kepada anda semua mengenai kisah seorang lelaki jutawan yang berjaya bangkit semula setelah diisytihar muflis pada tahun 1997. This is true story!

Siapa Sirivat Voravetvuthikum?

Screen Shot 2015-06-20 at 3.10.25 PM

Pada tahun 1997, berlaku kegawatan ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.

Bangunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorang jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

Perkara yang paling gigih dilaku dengan menjual sanwich dijalanan .Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo dibahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja begitu. Pada hari pertama pernigaan sandwich berperolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual.

Screen Shot 2015-06-20 at 3.11.23 PM

Lebihan sandwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari peniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.

Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk berkerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sanwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk berkerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sanwich.

Screen Shot 2015-06-20 at 3.12.54 PM

Di samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya ” kenapa kawan tidak beli Sandwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.

14 tahun KINI !!!!

Screen Shot 2015-06-20 at 3.14.05 PM

Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.

Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Screen Shot 2015-06-20 at 3.15.23 PM

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawap,

“Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong”

KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.”

Sumber: Joe Abdullah

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×