berita

Konsert Mega & 6 Lagi Sebab Korang Kena Pakat Serbu Amanjaya Mall, Sungai Petani 15 April Ni!

April 11th, 2018 | by Noraniza
Kini Trending

Ramai tak pembaca OHBULAN! ni asal dari Kedah? Kalau ada, baguslah sangat sebab ni nak bagitahu, Gegaria Fest akan mai Amanjaya Mall, Sungai Petani pula pada 15 April ni.

Nak tahu apa yang best sangat di Gegaria Fest ni nanti? Ni diaaaa…

1. Hanif Shawn jadi instructor fitness dance di Gegaria Fest Sungai Petani!

Helookk sangatkan Haniff Shawn ni? Kalau nak kacak dan solid macamni, kenalah mulakan hari korang dengan aktiviti sihat iaitu ‘fitness dance’ .

Korang yang mendaftar bakal dapat cenderahati daripada Gegaria Fest tau! Ada T-shirt, drawstring bag dan bandana! Oh ya, fitness dance akan bermula jam 8:30 pagi sehingga 10:00 pagi ya. Jangan lambat!

DAFTAR FITNESS DANCE SUNGAI PETANI DI SINI! 

2. Wah, Throwback Tunnel dah makin best!

Kalau di lokasi sebelum ini, hanya ada satu sahaja Throwback Tunnel yang mana mempamerkan pencapaian dan kejayaan Malaysia…

Tapi, sekarang ni dah ada 2 kontena Throwback Tunnel! Apa yang best dalam Throwback Tunnel terbaru ni? Ha, kat sini korang boleh lihat sendiri perkembangan media Malaysia. Ada juga tayangan program dulu-dulu yang memang bikin korang teringat zaman muda!

3. Boleh lepak main games! Yass

Bagi yang minat nak menyertai tournament, butirannya di sini:

1. Tournament eSports ‘FIFA Online 3’  & ‘Tekken 7’– Hadiah terkumpul bernilai RM 10,000

Pusingan kelayakan berlangsung di :

  • Lokasi 1 : (SP Web Cam) Tingkat 1, Bangunan Lebuh Intan, Taman Intan, 08000, Sungai Petani
  • Lokasi 2 : (Znet) 21, Lorong 13, Taman Petani Jaya, 08000, Sungai Petani

2. Challenge F1 Racing Simulator – Hadiah terkumpul bernilai RM2,000 

– Hanya perlu ‘walk-in’, tidak perlu mendaftar

– ‘Pelumba’ dengan masa terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang.

* Tertakluk kepada terma dan syarat di sini.

Hadiahnya lumayan ke? Confirmlah ‘masyuk’!

Tournament ‘Tekken 7’ : Wang tunai terkumpul RM3,000

Juara: RM1,000

Tempat kedua: RM600

Tempat ketiga: RM400

Tempat keempat: RM300

Tempat kelima dan keenam: RM150

Tempat ketujuh dan kelapan: RM100

Tournament Fifa Online 3: Wang tunai terkumpul RM10,000

Juara: RM3,000

Tempat kedua: RM2,000

Tempat ketiga: RM1,500 x 2 pemenang

Challenge F1 Racing Simulator: Wang tunai terkumpul RM2,000

Juara: RM800

Tempat kedua: RM500

Tempat ketiga: RM300

Tempat keempat & kelima : RM200 seorang

Bukan tu je, Boost dengan baik hatinya kali ni menawarkan ‘mini tournament‘! Untuk korang yang suka main game tu, memang sesuailah sebab pemenang akan mendapat Boost kredit banyak gila! Wow, boleh buat beli makanan kat sana nanti! Rujuk gambar bawah okay…

Haa, kalau korang tertanya-tanya game apa bakal korang main nanti, korang akan berlawan game Mario Kart 8 Deluxe di Nintendo Switch. Hadiah kredit Boost berjumlah RM1,000 bakal jadi rebutan pemenang bertuah! Nak masuk senang je. Setiap pasukan kena ada 4 pemain dan cuma perlu walk-in, tiada pre-registration pun!

4. Ramai selebriti nak kongsi tips lifestyle dengan korang!

Siapa yang bakal memeriahkan Booth Lifestyle di Gegaria Fest Sungai Petani ni nanti? Korang bakal berjumpa dengan Scha Alyahya, Awal Ashaari, Elfira Loy, Padin, Noh Salleh, Reen Rahim dan Eyka Farhana.

Ada juga social media influencer seperti Chazynash, Faizdickie, Vikar dan Hanif Shawn! Fuh, memang pack lah Booth Lifestyle ni nanti!

5. Lapar? Pilih je nak makan apa!

Boleh dikatakan Gegaria Fest ni syurga makanan weh. Korang confirm rambang mata bila nampak variasi makanan yang ada di sini.

Nanti akan ada Food Demo tau dari Chef Ikhwan Mustafar, juara Hero Oven Musim Ke-2! Bolehlah nanti ambil tips untuk buat menu korang lebih awesome! Psst, ada cenderahati daripada JJCM juga ya kalau korang sertai Food Challenge!

6.  Jangan lupa singgah booth community!

Di Booth Gegaria Community ni ada kiosk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), KWSP dan juga pemeriksaan kesihatan tau! Semuanya free!

Malah, setiap aktiviti yang dilakukan di booth ini akan dapat badge dan ia boleh digunakan untuk menebus dessert seperti Apam Balik, Aiskrim potong dan macam-macam lagi!

7. Konsert Mega Gegaria Fest! Fuh, line-up yang ada memang power!

Bila tengok nama barisan artis yang akan buat persembahan di Konsert Mega Gegaria ni memang kami teruja habis dah!

Ada Orkes A Hizadin, Kugiran Masdo, Bell Yu Tian, Plague of happiness, Akim and The Majistret, Faizal Tahir, Bunkface, Hujan dan Stacy. Semua best-best! 

Bayar ke nak tengok konsert ni? No no no! Semuanya percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai Gegaria Fest ni, sila ikuti laman Facebook GoGegaria dan juga Instagram GoGegaria ya! Opss, jangan lupa guna #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK #YOUCANDUIT

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×