berita

Kontroversi Ke$ha Tidak Akan Jejaskan Konsert Di Malaysia?

August 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

aa4a9d9da510cf8fd4a60a71cc354dda

Umum tahu bahawa nama penyanyi kelahiran Amerika, Ke$ha banyak dikaitkan dengan beberapa isu yang cukup kontroversi. Selain sering memaparkan imej seksi, lagu Ke$ha berjudul Die Young pernah dikatakan menjadi punca kepada tragedi penembakan di Sandy Hook Elementary School Connecticut tahun lepas.

Terbaru, Ke$ha atau nama penuhnya Kesha Rose Sebert pernah membuat pengakuan kepada majalah Seventeen pada awal tahun lalu bahawa dirinya adalah seorang biseksual dan tidak hanya mencintai lelaki.

Syarikat telekomunikasi prabayar, Tune Talk bagaimanapun tidak khuatir untuk menganjurkan konsert Ke$ha Warrior Tour di Malaysia kerana beranggapan kontroversi itulah yang membuatkan mereka memilihnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo berkata bahawa personaliti yang ada dalam diri Ke$ha sedikit sebanyak menepati jenama Tune Talk.

Pc Kesha-12

Jason (kiri) ketika bercakap di sidang media semalam

Sejak dua tahun lepas kami memang dah rancang nak bawa Ke$ha ke sini. Kami pilih Ke$ha kerana dia muda, hot dan nakal. Dia sentiasa mempamerkan aksi yang cukup energetik setiap kali membuat persembahan pentas.

Ciri-ciri personaliti yang dimilikinya sangat kena dengan jenama Tune Talk di mana kami adalah syarikat telekomunikasi yang aktif dan agresif.

Jason yang ditemui sewaktu majlis sidang media Ke$ha Warrior Tour semalam turut berasa yakin bahawa konsert ini akan berjaya dilaksanakan dan percaya kontroversi sebelum ini tidak akan mengganggu persembahannya nanti.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebaliknya pihak kami paling mengutamakan keselamatan penonton pada malam itu nanti. Konsert ini adalah hiburan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan personaliti penyanyi itu.

Untuk pengetahuan anda, konsert itu bakal diadakan pada 26 Oktober 2013 di Stadium Negara. Bagi yang berminat, tiket-tiket berharga RM108, RM158, RM208, dan RM258 akan mula dijual pada 1 September 2013.

Untuk mendapatkan tiket, anda boleh mengunjungi kaunter Rock Corner berhampiran anda atau layari http://redtix.airasia.com.

Selain daripada itu, ketahui bagaimana anda boleh memenangi tiket dan pas istimewa untuk sesi ‘Meet & Greet’ dengan melayari www.keshaparty.com, Facebook Ke$ha, Facebook Tune Talk ataupun Twitter Tune Talk untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×