berita

Kontroversi Rampas Tunang Orang, Kekasih Eina Azman Beri Penjelasan

April 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-08 at 11.05.33 AM

Ketika isu Hanez Suraya yang didakwa merampas suami orang hampir senyap, kini Eina Azman pula dikatakan menjalin hubungan dengan jejaka yang sudah mengikat tali pertunangan.

Artikel Berkaitan : Kongsi Gambar Kekasih Di Instagram, Eina Azman Didakwa Rampas Tunang Orang

Enggan mengulas lanjut ketika dihubungi, pelakon yang tidak lekang daripada kontroversi itu meminta agar perkara ini ditanya terus kepada teman lelakinya yang dikenali sebagai Dato’ GMix.

Terkini, menerusi laporan portal Gua, Dato’ GMix atau nama sebenarnya Dato’ Paduka Gurmeet Singh mengakui bahawa dia sememangnya pernah bertunang dengan wanita yang dikenali sebagai Yan Oyien.

Screen Shot 2014-04-08 at 11.09.23 AMFoto Eina Azman dan kekasihnya, Dato’ GMix

“Saya memang pernah bertunang sebelum ini pada 10 November 2012. Kami mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Tapi dalam tempoh bertunang tersebut, bekas tunang saya masih mengamalkan cara hidup yang lama dan tidak pernah berubah.

Selepas enam bulan keluarganya meminta keluarga saya bertemu dengan mereka untuk membincangkan hal perkahwinan. Mereka beri tempoh satu bulan atau pertunangan tersebut putus.”

Dato’ GMix menambah bahawa dia menganggap bahawa ikatan pertunangan tersebut telah putus sekitar bulan Mei 2013 kerana dia tidak pernah membawa keluarganya berjumpa mereka semasa tempoh tersebut.

“Saya tak faham kenapa orang suka buat cerita yang mereka tak tahu kebenarannya. Saya dah enam bulan bersama Eina dan saya juga pernah beritahu bekas tunang saya bahawa saya sekarang memiliki teman wanita. Malah dia sendiri pernah berbual dengan Eina.”

Memaklumkan bahawa dia tidak pernah memeluk Islam semasa bersama bekas tunangnya, Dato’ GMix memberitahu bahawa Eina telah membuatkan dirinya lebih tertarik untuk belajar tentang Islam dan kini sudah mempunyai perancangan ke arah itu.

SKIP THIS AD ×