berita

Korang Food Hunter? Ini Senarai Makanan Yang Wajib Korang Try Dekat KL!

February 13th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Makan! Makan dan makan lagi!!! Kali ni admin nak share port yang best untuk korang serbu! Makanan dia serius terbaik dan ini merupakan cawangan pertama dekat KL. So entry kali ni kita nak share beberapa food yang power dekat Roast & Grill.

Admin suka! Anda???

Ha! 2 menu nie memang best sebagai starter sebelum makan makanan yang berat-berat. Tambah pulak bila makan panas-panas memang terangkat!

Rasa Sup Tulang ni just nice. Ala-ala sup tulang melayu! Tak terlalu berempah sangat macam dekat kedai mamak so, memang kena sangat dengan lidah orang melayu kita ni! Didatangkan dengan roti yang lembut dan rapuh, menu ni akan bawa korang mengimbau kembali rasa masakan asli melayu.

Apa yang best tentang Spicy Chicken & Cheese Wraps ialah roti pita dia yang memang lembut. Isi ayam yang digunakan pulak banyak… Cheese dia yang memang terasa dalam mulut. Percayalah selepas gigitan pertama korang takkan boleh stop sebab sos dalam roti pita memang power meleleh-leleh.

Bagi korang yang tengah berdiet tu admin cadangkan try la Grill Steak Salad. Daging steak dia memang lembut, yang penting juicy sangat. Cicah pulak dengan sesame sauce memang terbaik! Sayuran yang digunakan fresh! Bila kunyah memang boleh dengar bunyi ranggup sayur tu.

Terbaik oit!!! Berbaloi-baloi…

Ha! Sekarang admin nak share makanan yang menjadi pilihan admin. Mohon jangan kecam ye! Pernah tak makan makanan melayu fusion? Kalau tak pernah korang kena try Tiger Prawn Laksa Spaghetti! Serius lemak dan udang dia besar gila! Rasa dia ala-ala Laksa Sarawak sikit! Tapi yang ni rasa udang dia sangat rich. Spaghetti dia pun lembut elok. Thumbs up untuk menu ni. Admin bagi 4.5 bintang gitu!

Bagi korang yang suka makan spaghetti bolognese boleh try Spaghetti & Meatballs tapi awas rasa dia lebih pedas dan aummmm!!! Kalau makan masa panas-panas memang layan. Tambahan pulak bila korang makan dengan meatball dia yang besar, lembut dan juicy tu… Memang padu! Terbaik!!!

Apa-apa pun, bagi peminat western food, ini seleksi makanan yang wajib korang cuba antaranya BBQ Beef Ribs, Classic Rack Of Lamb, Terderloin, Signature Roast Chicken dan Chill Beef Burger. Semua ni menu yang wajib korang cuba!

Classic Rack Of Lamb dia serious tender sangat! Korang boleh pilih nak masak macam mana, sama ada medium, medium well atau well. Yang pasti daging kambing dia memang terbaik! Terderloin pulak sangat juicy. Boleh rasa tau juice daging tu masa anda mengunyah! Jujur cakap memang sedap! Brown sauce dia pun best. Yang penting lembut elok je bila kunyah. Jadi tak jadi masalah untuk kanak-kanak makan.

Tapi kalau korang tanya yang mana favourite admin, admin suka BBQ Beef Ribs. Dia punya smokey sauce serius wangi, pekat dan likat. Memang terasalah dalam mulut. Daging rusuk dia pun lembut senang je tanggal dari tulang! Menggunakan daging yang diimport khas dari Australia seleksi pilihan menu berasaskan daging memang tak mengecewakan.

Bagi mereka yang gemar makan makanan pedas Tom Yum Seafood ni memang wajib cuba! Pedas meletup! Tapi sedap. Lagi pedas, lagi la nak lagi… Seafood yang dorag gunakan memang fresh. Set ni didatangkan dengan kuey teow di dalamnya. Jadi memang kenyang la kalau makan ni. Berayaq hidung tau! Tapi serius puas.

Kalau korang penggemar ayam boleh try signature food mereka iaitu Roast Chicken. Rasa perapan dia tak terlalu kuat. So tak la hilang rasa daging ayam tu sendiri. Mash potato dia memang lain dari yang lain. Ini wajib cuba. Ada rasa butter yang nice! Cair dalam mulut. Boleh gian!

Tak cukup dengan hidangan di atas? Jangan bimbang! Chill Beef Burger ada… Portion dia besar gila. Jenuh kenyang kalau makan set ni! Ada sweet potato fries lagi. Nice bila makan dengan brown sauce sebab rasa dia jadi seimbang. Ada manis, masin dan sedikit masam. Memang kenyang la makan dekat sini.

Pencuci mulut rare… Rasa dulu!

Untuk dessert korang boleh try Ultimate chocolate dan Creme Brulee mereka! Jangan main-main dengan Ultimate chocolate tu, ianya merupakan kombinasi kek dari 6 jenis coklat tau. Memang cair dalam mulut! Tak muak pun kalau makan sebab ada ais krim vanilla sebagai pasangannya. Kalau yang suka makan puding as pencuci mulut boleh la cuba Creme Brulee. Puding dia sedap dan lembut! Tak manis sangat dan tak lemak sangat. Orang kata rasa tu masuk dan sepadan la…

Dah makan pembuka selera, menu utama dengan pencuci mulut tak kan tak minum pulak idok? So apa yang special sangat dekat Roast & Grill ialah Cold Brew Coffee mereka. Bayangkan Pati kopi disimpan di dalam air ais sehingga 15 ke 24 jam tau! Patutlah lain rasanya. Rasanya tak terlalu kuat macam Ekspresso dan Americano jadi bagi korang yang baru berjinak-jinak nak minum kopi ini antara pilihan yang awesome. Berbaloi dengan bajet!

Disamping itu ada minuman lain jugak yang korang boleh cuba seperti Berry Melon Splash, Minty Fresh Mojito, Carrot Citrus Sunrise dan Chocolate Milkshake.

Kasual & santai!

Berkonsepkan smart kasual kalau korang nak lepak dengan member atau nak bawa family makan-makan Roast & Grill la tempatnya. Korang boleh dapat pelbagai jenis menu dalam satu tempat. Kebetulan semua menu ni admin suka. So, admin suggest la. Apa-apa pun selamat mencuba. Jangan risau harga memang berpatutan sangat!

Dekat sini admin attach lokasi Roast & Grill supaya mudah korang nak cari. Lagi satu, bagi mereka yang tinggal dekat area Damansara dan Bandar Utama, korang boleh singgah dekat cawangan Roast & Grill  E-Curve jugak. So, Korang boleh tak payah la nak pergi jauh-jauh dah kalau nak buat food hunting… Hehehehe

Roast & Grill Quill City Mall KL:

Roast & Grill eCurve: 

The following two tabs change content below.

Intan Mahsuri

Content Champion
Ceq orang Utara. Easy going, tapi tak suka makan kari... hat lain semua telan ja!

Most Read Today