berita

[KUIZ] Benar Atau Palsu? Kalau Korang Power, Cuba Jawab Ni!

April 16th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Korang mesti pernah nampak mesej berantai kat Whatsapp ataupun status Facebook yang seterusnya menjadi viral kan? Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang masih lagi menyebarkan dan mempercayai sesuatu maklumat tu tanpa selidik dahulu.

Kalau maklumat yang baik dan benar, ada jugak faedahnya bila tersebar. Tapi, kalau maklumat tu tak betul, tak ke boleh mendatangkan fitnah dan menyusahkan banyak pihak. Sebab tu korang tak boleh terus percaya tanpa selidik dulu.

Sejauh mana korang boleh kenal pasti antara benar atau palsu?

Kalau korang power, jom jawab kuiz ni!

Tapi, lepas dah habis jawab, kena baca mesej penting kat bawah ni dulu tau!

Kalau Sangsi, Jangan Kongsi..

Kalau korang tak tahu maklumat yang korang baca tu benar ataupun palsu, adalah baik untuk korang tak berkongsi dan menyebarkannya. Bukan je jadi fitnah, tapi boleh meruntuhkan perniagaan serta menjatuhkan reputasi individu dan juga negara.

Sebagai contoh, syarikat kasut BATA terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 selepas difitnah di media sosial dalam tempoh empat minggu. Nampak tak betapa pantas dan kuatnya kuasa media sosial dalam menyebarkan maklumat palsu.

Jadi, jom sama-sama kita elakkan dari mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tak benar dan boleh mengakibatkan fitnah internet ataupun #fitnet kerana “Kongsi berita palsu, umpama menipu”.

Artikel ini dibawakan oleh TM. Maklumat lanjut di cegahfitnet.my

Most Read Today