berita

[KUIZ] Jawab Soalan Ini & Ketahui Wajah Korang Sebenarnya Mirip Pelakon Mana

October 24th, 2017 | by faris | 0 comments
11.6K
reads
2.5K
shares
Gaya Hidup

Dalam ramai-ramai pelakon pujaan korang, pernah tak terfikir korang sebenarnya memiliki iras wajah mereka walaupun sedikit? Atau mungkin ada rakan-rakan korang yang selalu tegur muka korang macam muka Zul Ariffin, Shahrul Ridzwan, Janna Nick & Izara Aisyah?

Kalau nak tahu ada iras ke tak, jom main kuiz dekat bawah ini! Tekan button LET’S PLAY dekat bawah ini tau.

Agak-agak macam muka siapa ek?

Dah tahu dah siapa gerangannya kembar anda? Tengok betul-betul sama ke tidak! Haa kalau korang nak tahu, mereka semua ini akan berada di malam gilang-gemilang Anugerah Skrin 2017 pada 3 November (Jumaat) depan, bersiaran secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.

3 Pengacara kemudi malam anugerah

Untuk tahun ini, Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk akan mengacarakan majlis anugerah berprestij itu dengan tema ‘Mencipta Fenomena’.

Ketiga-tiga mereka akan dibantu oleh rakan-rakan artis yang akan menyampaikan anugerah antaranya Aiman Tino, Fattah Amin, Nabila Huda, Wany Hasrita dan Zul Ariffin sepanjang majlis berlangsung.

Mampukah 7 Hari Mencintaiku Ulangi Sejarah DFKL?

Mengambil kira rekod cemerlang 7 Hari Mencintaiku yang membolot 6 anugerah di Drama Festival Kuala Lumpur April lalu, drama rantaian lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha itu dilihat mempunyai peluang cerah mengulangi kejayaan sama dalam ASK 2017 ini.

Manakala bagi filem pula, J Revolusi mempunyai peluang cerah membawa pulang trofi filem terbaik. Namun kredibiliti Adiwiraku sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia 29 pun jangan korang lupakan okay!

Sejumlah 20 anugerah utama dipertandingkan merangkumi kategori drama dan filem yang tidak hanya melibatkan Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), malahan menerima penyertaan HyppTV, RTM dan Bernama. Gempak tu!

Jadi, jangan lupa tonton ok!