berita

Kutuk Anak Nora Danish Tidak Comel, Lihat Apa Respon Netizen Terhadap Wanita Ini..

April 15th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seperti kebanyakan anak selebriti yang lain, anak kedua Nora Danish iaitu Ney Ney turut sama mendapat perhatian netizen di laman sosial. Malah dari awal kelahiran, Nora sendiri telah berkongsi gambar comel si kecilnya itu di Instagram dan mendapat pujian ramai.

Terbaru seorang individu di Twitter telah memuatnaik status yang membuatkan ramai berang. Individu tersebut didakwa mempersoalkan kenapa anak Nora Danish tidak comel.

Kenapa anak Nora Danish tak comel

Gadis ini menerusi laman Twitternya menulis kenapa anak Nora Danish tidak comel sedangkan kedua ibu bapanya cantik dan kacak. Dia juga menyangka semua bayi dilahirkan comel tetapi anak Nora Danish tidak?

Sejurus status ini dimuatnaik, pelbagai kecaman diterima daripada netizen membuatkan individu ini memohon maaf dan memadam status.

Tweet dikecam

Mohon maaf & padam tweet

Gadis ini walaubagaimanapun telah mengakui kesilapan dan memohon maaf. Dia juga secara peribadi telah memohon maaf kepada Nora Danish dan Nedim Nazri menerusi Direct Message (DM) Instagram mereka.

Diharapkan perkara ini tidak berulang lagi kerana setiap bayi sememangnya dilahirkan suci dan comel. Betul tak?

Sumber : Twitter

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
J'adore manger, buy me food!

Most Read Today