berita

Laa Terasa Ka? Maafla Na – Respon ‘Spontan’ Siti Nurhaliza Bila Komen Isu Hantar Ke Palestin Diserang

July 27th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam kecoh di media sosial apabila penyanyi, Yasin Sulaiman memuatnaik satu gambar mengenai isu yang terjadi di antara anggota ARMADA dan Pemuda Umno. Isu ini menjadi hangat apabila penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza memberikan komen ‘deep’ di posting tersebut.

Yasin melalui posting terbarunya memohon maaf kerana isu ini membuatkan Siti Nurhaliza turut menjadi mangsa kritikan.

‘Buku bertemu ruas’

buku bertemu ruas.
dada pun kembang.
mari bertenang. sabaaar.
Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.

Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.

Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.

Turut kelihatan beberapa anggota polis cuba menghalang dan mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai.

Komen ‘deep’ Siti Nurhaliza

Kerana posting saya, Siti Nurhaliza kena serang

setiap kali saya posting politik @ctdk jugak yang kena serang. maafkan saya. saya telah banyak kali di nasihat oleh syarikat rakaman, lawyer, rakan rakan, family semua kata. yasin, tok sah posting politik la. tapi apakan daya. aku degil. apa pun saya nak nyatakan musim raya kali ini saya berehat & tak kempen mana2 sebagai memenuhi nazar yang silam. apa pun segala yang baik kita sokong & segala yang buruk kita tolak. selamat berjuang semua! aku hanya spectator kali ini. nak turun undi pun rasa malas sebenarnya.
btw, datuk k tak kuat gaduh. dia kuat bisnes.

Penyanyi Yasin Sulaiman pada asalnya memuatnaik sebuah gambar dan mengulas mengenai isu yang terjadi di antara anggota ARMADA dan Pemuda Umno. Posting tersebut mengundang komen ‘deep’ daripada Siti Nurhaliza yang mengatakan mereka yang kuat bergaduh itu patut dihantar ke Palestin. Komen Siti itu bagaimanapun telah mengundang kemarahan sesetengah pihak sehingga ada yang memberi kritikan berkenaan isu ini.

Laa terasa ka? Maafla naa – Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza berkata, komen beliau itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan individu tersebut.

sumber : instagram Yasin Sulaiman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×