berita

Lagu Aizat Amdan ‘Diperap’ 7 Tahun Hadiah Buat Tun M

July 10th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pelbagai ucapan, doa dan kata semangat ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-93 hari ini. Penyanyi Aizat Amdan juga tidak ketinggalan untuk menghadiahkan sebuah lagu ciptaannya kepada pemimpin itu.

Aizat merealisasikan hasrat ayah, Datuk Amdan Mat Din untuk menghasilkan lagu Harapan Jadi Nyata khas buat Tun Dr Mahathir. Lagu ini telah ‘diperap’ selama 7 tahun yang lalu dan hari ini tiba masa yang paling sesuai untuk melancarkan lagu tersebut.

Hadiah buat Tun M

Ayah tidak banyak cakap, tetapi gemar bercerita mengenai Tun M. Selepas pencen dan tiada apa yang dibuat, ayah menulis luahan isi hati mengenai Tun M. Dia minta saya hasilkan lagu. Jadi, saya penuhi permintaan itu untuk memuaskan hatinya. Selama ini, ayah jarang bercakap mengenai seni, tetapi apabila dia minta saya buat lagu, saya terkejut.

Aizat turut mengakui ada segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan mencipta lagu ini buat Tun M. Malah, ada beranggapan dia cuba mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri.

Saya dapat pelbagai maklum balas mengenai lagu ini dan saya jadikan segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus hasilkan yang terbaik. Jika saya tidak boleh terima kritikan, lebih baik saya tidak payah buat apa-apa. Kita buat bagus macam mana pun, orang tetap akan kritik. Karya itu dihasilkan bagi melunaskan impian bapa yang terlantar akibat angin ahmar sejak setahun lalu.

Harap Tun M dapat dengar lagu ini

Saya cuma berharap Tun M dapat mendengar lagu ini. Karya ini adalah luahan rasa ayah kepada idolanya. Saya anggap ia sebagai lagu patriotik pertama yang saya hasilkan. Ia sedikit berbeza daripada lagu patriotik sedia ada kerana saya tidak mahu terikut-ikut acuan lagu yang sama. Saya adun sentuhan muzik yang segar dan jika didengar, tidak akan rasa ini adalah lagu patriotik.

Harapan jadi nyata

Sumber: BH Online, Aizat Amdan

Most Read Today