berita

Lagu Baru Joe Flizzow, Carta No 1 iTunes Malaysia

October 3rd, 2013 | by Ai
Video Popular

joe-flizzow

Selasa lalu, penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Havoc. Secara umumnya, lagu tersebut merupakan kolaborasi antara Joe bersama dua rapper terkenal iaitu Altimate dan SonaOne.

Meskipun baru tiga hari lagu tersebut di keluarkan di iTunes, akan tetapi ia telah berjaya menduduki carta nombor satu iTunes Malaysia dan sekaligus membuktikan bahawa Havoc berjaya menambat hati serta cita rasa peminat muzik tempatan.

Mendengar lirik lagunya yang agak catchy serta mudah difahami itu membuatkan ramai pendengar merasa sangat terhibur dan rata-ratanya memberikan respon yang positif.

Joe Flizzow

Untuk makluman, lagu ini merupakan single baru Joe untuk album terbarunya berjudul Havoc. Melalui album ini, Joe akan menampilkan 14 lagu baru antaranya adalah Takbir Cinta, kolaborasi dengan Amy Search dan Katakan, kolaborasi dengan penyanyi terkenal dari seberang, Rossa.

Apa pun, bagi mereka yang belum pernah mendengar lagu Havoc, jom layan lagu tersebut selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×