berita

Lagu Green Day, ‘The Forgotten’ Jadi OST Pertama Filem Terbaru Twilight

November 2nd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Sudah lama kami kira tidak dengar dari kumpulan ini. Siapa sangka lagu dari kumpulan punk rock, Green Day, telah dipilih untuk lagu latar filem terbaru Twilight Saga : Breaking Dawn Part II.

Klip berdurasi 5.14 minit ini menampilkan Billie Joe Armstrong, Mike Dirnt dan Tre Cool diselang-selikan dengan klip video dari filem Twilight. Penonton bakal melihat wajah Bella (Kristen Stewart) selepas menjadi sebahagian dari keluarga Cullen.

Walaubagaimana pun, video ini tidak menunjukkan pertelingkahan antara ‘vampire’, tetapi video Bella yang gembira bersama keluarga Cullen. Mari tonton video selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×