berita

Lakon Aksi Berahi, Intan Ladyana Sedia Dikritik

September 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Preview filem Dampak-49

Kalau tak silap OHBULAN!, Intan Ladyana belum pernah melakonkan babak-babak berahi di ranjang atau yang sewaktu dengannya sebelum ini.

Namun, buat pertama kalinya Intan mengejutkan peminat-peminatnya apabila terdapat adegan bercium dan aksi ranjang bersama Farid Kamil di dalam filem terbarunya berjudul Dampak.

Secara jujurnya, aksi itu dikira sangat berani dan agak memeranjatkan apabila babak tersebut mendapat kelulusan untuk ditayangkan.

Intan bagaimanapun sedia maklum bahawa perkara itu akan menjadi perbualan hangat dan mengakui sudah bersedia untuk dikritik.

Sebenarnya itu adalah babak rogol namun direlakan oleh Hana (watak lakonan Intan) sebab dia memang suka pada Giran (Farid). Saya tahu saya akan dikritik namun tak menjadi masalah kerana ia cuma sebahagian dari jalan cerita itu sendiri. Itu cuma di dalam lakonan.

Preview filem Dampak-55

Dalam masa yang sama, Intan mengakui babak itu merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi sewaktu menjalani penggambaran filem Dampak.

Babak itu paling susah sebab saya perlu menghayati watak secara fizikal dan bermain dengan emosi. Tapi Alhamdulillah ianya menjadi.

Kalau anda nak tahu sama ada aksi yang dibawakan Intan terlampau berahi ataupun tidak, kenalah nantikan kemunculan filem Dampak di pawagam berhampiran pada 19 September 2013.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Intan Ladyana untuk tatapan peminat-peminat pelakon jelita ini.

SKIP THIS AD ×