berita

Lakonan Mantap Raffi Ahmad, Nagita Slavina & Nur Fazura, Filem RAFATHAR Akan Buat Korang Tak Gering Gusi!

September 28th, 2017 | by Epul
Filem Antarabangsa

Korang pernah tengok filem aksi komedi yang memfokuskan bayi sebagai watak dan sasaran utama? Jarang kan… Kalau camtu apa kata korang tengok filem terbaru Indonesia, RAFATHAR arahan Bounty Umbara mengisahkan seorang bayi comel bernama Rafathar yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan selebriti. Comel gila :D

Kisahnya bermula apabila dua penjahat profesional, Jonny Gold dan Popo Palupi lakonan Raffi Ahmad dan Babe Cabita ditugaskan untuk menculik Rafathar. Diorang taktau Rafathar ada kekuatan luar biasa iaitu kuasa telekinetik yang mampu mengendalikan logam. Ibu angkat Rafathar, Mila lakonan Nur Fazura pun taktau yang anak angkat dia tu ada kuasa tau!

Sepanjang proses penculikan, macam-macamlah perkara lucu jadi antara dua penjahat tu dengan Rafathar. Bila Detektif Julie lakonan Nagita Slavina masuk campur dalam penangkapan dua penjahat tu, lagi lucu dan macam-macam ragam jadinya! Sampailah satu tahap, Jonny dan Popo sedar ada makna disebalik kehadiran Rafathar dalam hidup diorang.

Sepanjang pengembaraan mereka jugak, sebuah konspirasi besar mula terbuka dan secara perlahan diorang tau asal usul Rafathar serta dari mana dia dapat kekuatan yang dia ada. Nak tau dia dapat ‘kuasa’ dari mana?

Jom tengok RAFATHAR, dah ada kat pawagam sejak 28 September!


Jom tengok trailer RAFATHAR dulu!

Kalau nak tau mana Rafathar dapat ‘kuasa’ dia, jom ajak family, kawan dan adik-beradik tengok RAFATHAR kat pawagam berdekatan korang. Filem ni sesuai untuk tontonan semua peringkat umur, jadinya memang lucu habis! Gelak la korang puas-puas tengok babak-babak mencuit hati sepanjang filem. Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×