berita

Lambat 3 Jam, Belum Bersiap & Skrip Tak Hafal, Siti Elizad Marah Siapa Tu?

April 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam urusan seharian, apa yang paling penting adalah menepati masa. Lebih-lebih lagi jika urusan tersebut melibatkan ramai pihak, sebagai individu yang bertanggungjawab kita perlulah memberi kerjasama agar semuanya berjalan lancar.

Pelakon, Siti Elizad menerusi laman Twitter meluahkan rasa berang dengan seorang pelakon yang terlewat beberapa jam ke set penggambaran. Disebabkan kelewatan pelakon tersebut shooting tergendala dari pukul 8! Pelakon mana tu?

Buat nasi lemak dulu ke kat rumah?

Kang datang belum makeup, baca skrip

Nak masuk 4 jam

Menerusi temubual mStar Online, Siti Elizad memberitahu sepatutnya mereka perlu ada di set pada jam 8 tetapi pelakon tersebut sampai jam 12 tengah hari.

Lewat satu jam boleh lagi nak dimaafkan. Sebabkan dia seorang lewat, semua benda jadi lambat. Sepatutnya kena ada di set pada pukul 8 pagi tapi dia sampai kul 12 tengah hari. Mana saya tak naik hantu tunggu lama. Sedangkan dalam satu hari boleh dapat lebih 18 babak tapi dah tengah hari ini satu babak pun tak dapat nak buat lagi.

Apa yang membuatkan Elizad bertambah marah apabila pelakon tersebut belum bersiap dan belum hafal skrip. Katanya, kepada sesiapa yang tidak reti hormat masa orang lain, sila kerja sendiri sahaja.

Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus. Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi.

Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal. Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri.

Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu.

Sumber : mStar Online , elizad_official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×