berita

Lan Solo & Isteri Sepakat Tunggu Bayi Cecah 5 Kg Untuk Rawat Bibir Sumbing

March 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Beberapa minggu lalu, Mohd. Razlan Mohamed Yusuf atau lebih dikenali sebagai Lan Solo telah berkongsi satu berita gembira tentang kelahiran cahaya matanya yang keempat. Setelah berkongsi wajah bayinya, rata-rata peminat memberikan respon yang positif walaupun bayi tersebut mengalami sedikit sumbing pada bahagian bibir atasnya.

Terbaru, Utusan Online melaporkan bahawa Lan Solo dan isteri bersepakat untuk membuat pembedahan keatas bayi mereka bagi merawat masalah bibir sumbing yang dihidapi setelah bayi tersebut mencecah berat 5 kg.

‘Buat keputusan atas nasihat doktor..’

Doktor menjelaskan, tisu bibir bayi yang masih lembut memudahkan lagi proses pembedahan dan rawatan. Tambahan pula, kesan surgeri seperti parut dapat dikurangkan jika tindakan awal merawatnya dilakukan.

Lan mengakui bahawa dia dan isteri mengambil keputusan tersebut atas nasihat yang diberikan oleh doktor dan juga pihak yang lebih pakar.

‘Luka lebih cepat sembuh..’

Pada masa yang sama, disebabkan dia masih kecil dan tidak begitu lasak, kesan luka daripada pembedahan boleh sembuh dalam masa yang singkat.

Lagipun, keadaan sumbing yang berlaku terhadap bibirnya tidak terlalu teruk.

Lan juga menerangkan bahawa lebih mudah untuk melakukan pembedahan semasa anaknya itu masih kecil kerana ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Admin doakan agar perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar.

Credit: Utusan Online

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×