berita

Lana Nordin Bakal Ke Czech Bertemu Keluarga Kekasih

February 20th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Lana Nordin

Nampaknya, di tengah kekecohan isu putus tunang Fizz Fairuz dan juga kes perceraian Jeslina Hashim yang masih belum selesai, masih ada pasangan yang sedang berbahagia meniti bait-bait cinta.

Lana Nordin yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini telah mendedahkan dia bakal ke Republik Czech untuk bertemu keluarga kekasihnya, Parvel Michalec, 24 tahun.

“Insya Allah pada Julai atau Ogos ni saya akan ke Czech untuk bertemu dengan keluarga dia. Sebelum ni pun sebenarnya keluarga dia dah tahu pasal kami.

Lana turut memberitahu bahawa bapa Pavel kerap mengambil tahu mengenai kisah hidup mereka dan sentiasa menghubungi anaknya.

“Seperkara yang lucu, bapa dia yang dulu tahu pasal gosip kami apabila gambar kami berdua tersebar di internet. Bapa dia kirim email, terkejut sebab tak sangka anak dia ada gosip kat Malaysia. Sejak tu lah bapa dia asyik tanya jer, apa gosip terbaru kami.”

Parvel merupakan seorang model dan bakal pulang ke negara asal untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan ekonomi dan kewangan.

Sumber : MD

SKIP THIS AD ×