berita

Lana Nordin Mengaku Gemar Ke Kelab Malam?

July 31st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

LN

Pelakon seksi yang sering mencipta kontroversi, Lana Nordin mengakui dirinya gemar ke kelab namun tetap membataskan beberapa perkara. Daripada pengakuan yang dibuat kepada sebuah portal, kelab yang dimaksudkan berkemungkinan adalah kelab malam.

Diakui saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran.

Menerusi portal mStar Online, Lana turut menyatakan bahawa berita penangkapan seorang wanita yang menyerupai dirinya langsung tidak memberi kesan terhadap status selebriti yang dimiliki.

Artikel berkaitan:

Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata.

Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.

Untuk pengetahuan anda, nama Lana Nordin pernah menjadi perbualan hangat baru-baru ini akibat daripada penangkapan seorang pelakon wanita yang sedang bermain mahjung dan tidak berpuasa di sebuah pusat siber di Bandar Puteri.

Walaupun gambar yang dirakam tidak menunjukkan wajah pelakon wanita itu namun pelbagai andaian yang dibuat oleh orang ramai merujuk kepada Lana Nordin.

SKIP THIS AD ×