berita

“Lawak Ke Der 2” Difilemkan, Bakal ‘Menggeletek’ Mac Ini!

January 29th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Lawak Ke Der 2-1

Tipulah kalau anda tidak tergelak apabila menonton ‘Lawak Ke Der’ musim pertama yang dipentaskan di Istana Budaya, Februari lepas. Gelagat dan lawak spontan dari pelawak-pelawak terkenal seperti Nabil, Jozan, Afdlin Shauki dan ramai lagi sentiasa mengusik hati dengan ‘punchline’ yang padu.

Disebabkan sambutan hangat, ‘Lawak Ke Der’ musim pertama yang telah dimuat-naik ke laman Youtube oleh peminat telah mencatat jumlah tontonan seramai 2.4 juta orang. Tak berhenti disitu, pementasan “Lawak Ke Der 2” juga telah mencatat rekod jualan tiket ‘sold out’ dengan jumlah penonton yang hadir seramai 30,000 orang.

Mengambil peluang dari ini, Hans Isaac melalui syarikatnya, Tall Order Production telah memfilemkan pementasan ini untuk para peminat yang masih belum menontonnya.

“Sebabkan Lawak Ke Der 2 telah dijadikan filem, kami minta semua individu menarik balik video yang ‘post’ di blog dan juga di laman Youtube,” ujar Hans Isaac selaku pengarah.

Bagi yang masih tak tahu, barisan pelawak yang turut terlibat dalam pementasan ini termasuklah juga Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.

Lawak Ke Der 2-2

Filem persembahan pentas “Lawak Ke Der 2” di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Mari tonton trailer ringkas “Lawak Ke Der 2” selepas ini!

Most Read Today