berita

“Layan Anggota Kristal Macam Tunggul” – Lan Kristal Tak Ingin Ulas Kenyataan Rody

November 22nd, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Lan sememangnya sudah popular bersama kumpulan rock Kristal sejak era 90-an lagi. Kini vokalis kumpulan itu mengambil keputusan untuk bergerak secara solo apabila menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-4. Pada awalnya peminat beranggapan Lan menyertai pertandingan ini hanya untuk suka-suka dan telah mendapat persetujuan daripada anggota kumpulan Kristal.

Namun, keputusan Lan itu langsung tidak diketahui oleh anggota kumpulan Kristal yang lain. Lantaran itu, seorang lagi ahli kumpulan Krital, Rody tampil membuat kenyataan untuk mencari vokalis baru bagi menggantikan Lan. Menerusi Mstar Lan berkata, dia memerlukan sedikit ruang untuk fokus pada konsert minggu ini sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Fokus persembahan minggu ini

Tambahnya lagi, minggu ini dia terlalu sibuk dengan pengambaran video dan latihan persembahan kerana tugasannya pada minggu ini agak mencabar.

Jadi, saya nak minta sikit ruang untuk saya fokus pada persembahan minggu ini dulu.

Insya-Allah selepas konsert Ahad, kalau saya dipanggil naik ke sidang media nanti, saya okey untuk jawab apa-apa soalan yang akan diajukan

Buat kami macam tunggul

Terdahulu, guitarist kumpulan Kristal, Rody menerusi Sinar Online telah meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan yang dibuat oleh Lan. Dia bersama anggota kumpulan yang lain berasa diperalatkan seperti tunggul kerana tiada perbincangan daripada pihak Lan.

Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang.  Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul

Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul.  Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la

Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah.  Cuma kena cari penyanyi barulah.  Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi.  Kalau tak maka terkontang-kanting kami

Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal.

Sebagai kumpulan rock yang boleh dianggap sebagai “otai” seeloknya mereka duduk berbincang dan mencari kata sepakat untuk isu ini kerana masing-masing berhak untuk membuat keputusan. Semoga Kristal berjaya mencari vokalis baru dan Lan juga berjaya di dalam karier solonya itu.

Admin berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Mstar, Sinar Online, Rody Kristal

SKIP THIS AD ×