berita

‘Layan Binatang Lagi Berbaloi Dari Layan Manusia’ – Didakwa Kahwin Pasangan Sejenis, Ini Respon Rafidah Abdullah

February 20th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial, bekas pengacara 3R Rafidah Abdullah didakwa telah berkahwin dengan pasangan sejenis di Australia selepas beberapa tahun bercinta. Dakwaan ini menjadi lebih hangat apabila pasangan Rafidah menerusi akaun Instagram telah memuat naik foto mereka berdua mempamerkan cincin di jari masing-masing.

Bertindak mahu menjernihkan keadaan, seorang individu telah bertanya sendiri kepada Rafidah dan ini responnya.

Bekas pengacara 3R kahwin pasangan sejenis di Australia?

 

Beberapa portal gosip tempatan telah menulis mendakwa Rafidah telah berkahwin dengan pasangan sejenis selepas gambar mereka memakai cincin dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka telah menandatangani perjanjian. Malah, sekeping gambar dua orang sedang bercium juga tular dikaitkan dengan isu kontroversi ini.

Di twitter, seorang individu berkongsi screenshot penjelasan Rafidah sendiri berhubung perkara ini.

Seorang peminat DM Rafidah

‘Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia’ – Rafidah

Rafidah memberi respon mendakwa apa yang sedang viral di media sosial sekarang ini hanyalah fitnah. Rafidah juga mengalu-alukan sesiapa yang mahukan kepastian, katanya anda boleh periksa sendiri pendaftaran perkahwinan dan passportnya jika perlu. Tambahnya lagi, dia sekarang sedang relax layan kucing-kucing peliharaan, layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia.

Sumber : Twitter 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×