berita

‘Lebih Semangat & Tak Sabar’ – Fazura Tak Sangka Showcase Dapat Sambutan Hangat

March 19th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Pada November tahun lalu, pelakon popular Fazura telah melancarkan sebuah album yang memuatkan 9 buah lagu. Antara lagu yang menjadi hits adalah Sayangi Diriku, Bisa Apa dan lagu duet bersama Fattah Amin, Cinderella.

Meskipun mendapat pelbagai respon daripada netizen, sambutan hangat yang diterimanya semasa ‘showcase’ semalam membuktikan Fazura mendapat sokongan ramai. Showcase yang diadakan di Clarke Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur itu dihadiri kira-kira 400 0rang peminat.

Tak sangka seramai ini

 

Menerusi laporan Harian Metro, Fazura sangat terharu dan bersyukur dengan sambutan hangat yang diterimanya. Dia juga tidak menyangka seramai 400 orang peminat akan hadir.

Saya terharu dan bersyukur dengan kehadiran peminat dan langsung tidak menyangka ia akan seramai ini.

Lebih bersemangat

Sambutan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan tidak sabar untuk meneruskan persembahan di beberapa lokasi lain di luar Kuala Lumpur seperti Johor Baharu, Kuantan dan Pulau Pinang, selepas ini.

Dalam showcase yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Fazura mempersembahkan 8 buah lagu dan turut menjemput penyanyi Aizat Hamdan sebagai rakan duet. Dan sebagai kejutan kepada para peminat, Fazura menampilkan suaminya Fattah Amin yang turut menyanyikan lagu Cinderella bersamanya.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Most Read Today