berita

Ledakan Rasa Dalam Satu Suapan! Coco-Cataplana Dari Nando’s Sure Buat Korang Terpana!

January 25th, 2018 | by Azyanshor | 0 comments
Foodies

 

Selalu korang pergi Nando’s mesti korang makan ayam, ayam dan ayam. Betul tak? Tak pernah terlintas pun nak try menu lain. Admin tahu sebab admin pun macam tu juga! Elok-elok dah plan dari rumah nak try menu lain, sampai Nando’s, mesti order ayam jugak!

Korang mesti tengok pelik je kan sebab bekas makanan dia lain? Ha ini lah yang membuatkan menu ni senang untuk diingati! Kalau sebelum ni selalu order ayam, lepas baca post ni mesti korang akan terus ingat nak order menu ni! Memang sedap gila weh, kenyang pun kenyang!

Gabungan Ayam PERi-PERi, kelapa serta sos khas Cataplana sure buat korang terangkat!

Coco-Cataplana ni hanya ada di Nando’s Malaysia je!! Tak ada Nando’s lain dalam dunia ni  yang ada menu ni tau! So korang wajib try!

Bahan-bahan yang ada dalam sajian ni ialah Ayam PERi-PERi, campuran perisa PERi-PERi dan kelapa, yang disusun diatas Mediterranean rice yang dilengkapi dengan sos khas Cataplana, grilled veggies dan dilengkapi dengan limau dan hirisan ketumbar.

Cara nak makan dia, korang kena campurkan semua bahan-bahan tu! Ha, nampak tak, sebab tu lah kitorang kata akan ada ledakan pelbagai rasa dalam mulut korang nanti! Memang berbeza dengan sajian harian korang!

Ayam tu pulak korang boleh pilih lah macam ikut kesukaan korang nak Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot atau Extra Hot! Semua pun sedap!

Macam mana kitorang tahu rasa dia sedap?

Admin dah try dah uols! Berbaloi sangat dengan hargnya RM29.90 sebab portion dia memang banyak dan sedap!

Review ikhlas dari hati admin ni, dengan pilihan ayam PERi-PERi hot, berpeluh weh admin makan. Rasa sos Cataplana dicampurkan dengan kelapa dan ayam PERi-PERi  hot tu memang ngam betul!

Korang memang kene try! Nak lagi layan korang order air Citrus Iced Tea. Uish, rasa pedas dan berlemak disulami dengan rasa masam Citrus  Iced Tea, memang sedap gila weh. Terus terdiam admin lepas makan! Puas hati betul!

Kalau nak makan share pun boleh guys sebab memang banyak portion dia! Memang wajib cuba lah Coco-Cataplana ni kalau datang ke Nando’s!

Maklumat lanjut korang semua boleh tengok kat FB Nando’s Malaysia!

 

 

Most Read Today