berita

Lee Kwang Soo ‘Dihujani’ Tendangan Rakan-Rakan Di Majlis Ulangtahun

July 14th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-07-14 at 1.41.36 PM

Siapa penggemar setia rancangan fenomena Running Man sudah pasti mengenali jejaka kacak ini bukan? Dalam rancangan tersebut, Lee Kwang Soo dilihat seringkali menjadi mangsa buli rakan-rakannya.

Malah, dia tetap juga dibuli pada majlis ulangtahunnya yang ke-28 hari ini! Ala.. kesian. Buktinya, walaupun bergelar birthday boy, para sahabatnya menghadiahkan ‘tendangan’ buat Lee Kwang Soo.

Lee Kwang Soo juga dilihat menutup mukanya dek kerana malu dengan surprise birthday party itu dan merelakan diri menjadi mangsa ‘tendangan’.

Leekwangsoo1

Selamat ulangtahun ke-28!

Tapi, jangan panik ya. Bukannya tendang betul-betul tau. Tendang penuh kasih sayang je! Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram, mereka turut menyanyikan lagu selamat hari lahir buat aktor itu beramai-ramai.

Tidak ketinggalan, para peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat aktor tersebut dan mendoakan agar akan lebih sukses dalam kariernya selepas ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×