berita

Lelaki Ini Rancang Ingin Masuk ‘Meminang’ Anak Perempuan Aeril Zafrel, Tapi Dengan Syarat. Ada Berani?

June 7th, 2018 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Untung dapat bapa dan suami yang baik macam Aeril Zafrel ini. Baru-baru ini pelakon kacak itu menghadiahkan kereta mewah buat isterinya, Wawa sebagai tanda penghargaan kerana menjadi isteri serta ibu yang terbaik buat dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Kebiasaanya, anak artis pastinya mendapat perhatian netizen. Tambahan lagi Aeril dan Wawa aktif di sosial media, boleh dikatakan setiap aktiviti mereka jadi bualan orang ramai. Terbaru, Aeril telah memuat naik video Hayla bersama Wawa. Selepas itu ada seorang individu menawarkan dirinya untuk jadi ‘menantu’ Aeril. Apa syarat-syarat nya?

Apa syarat-syarat ingin jadi ‘menantu’ Aeril Zafrel?

Hayla cantik…mama jelek…???budak2 kalau cakap memang jujur kan??

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Baru-baru ini, Aeril Zafrel telah memuat naik video anak perempuannya Hayla bersama Wawa di Instagram. Video itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dimana ia menunjukkan perbualan Aeril, Hayla dan Wawa. Tetapi apa yang mencuit hati netizen adalah komen dari seorang lelaki ini.

Katanya dia ingin mula menabung untuk duit hantaran. Ini jawapan Aeril.. Boleh buat tak agak-agak?

Respon pengikut Aeril Zafrel di Instagram

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×