berita

Lima Jam Tahan Sakit, Ning Bersalin Secara Pembedahan

February 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Ning Baizura

Setelah hampir lima jam bergelut dengan kesakitan serta kesusaham melahirakn anak, akhirnya Ning Baizura selamat melahirkan anak sulungnya dan bayi comel tersebut diberi nama sebagai Ryan Sky Dalton.

Menurut kenyataan pembantu peribadi Ning menerusi laporan Harian Metri hari ini, Ning dikatakan telah melahirkan bayinya secara kaedah pembedahan.

“Selepas lima jam mencuba, keadaan kepala bayi yang tidak berada pada kedudukan atau laluan yang tepat menyebabkan doktor mencadangkan supaya Ning bersalin melalui pembedahan kerana bimbang kelahiran normal boleh memudaratkan keadaan Ning dan bayinya.” 

Meskipun pada awalnya Ning ingin merasai sendiri perasaan bersalin secara normal, akan tetapi dia akur dan tidak kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh doktor.

“Ning tidak kecewa meskipun dia cekal dan memang mahu merasai pengalaman bersalin secara normal. Namun demi memikirkan keselamatan bayi dan dirinya adalah lebih penting, jadi dia akur,” terang pembantu peribadi Ning, Aylwin.

Untuk makluman, Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januaru 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×