berita

Lisa Surihani Ditegur Netizen Gara-Gara Fesyen Berkemban

June 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2012-04-19-at-1.35.08-PM

Sebenarnya agak jarang Lisa Surihani menghadapi masalah atau dalam erti kata lain dikritik kerana berpakaian terlampau seksi dan terdedah.

Jika ada pun, hanyalah sewaktu zaman bujangnya iaitu sebelum berkahwin dengan Yusry Abdul Halim. Selepas bergelar isteri, pelakon ini dilihat semakin bijak memilih pakaian yang lebih sopan.

Kalau menghadiri majlis-majlis tak kiralah sama ada besar atau kecil, Lisa pula selalunya tampil menggayakan busana elegan tapi masih menjaga penampilannya.

Tapi pada Kuala Lumpur Fashion Week 2014 baru-baru ini, pakaian Lisa waktu itu menarik perhatian ramai peminat di laman Facebook miliknya dan rata-ratanya menganggap busana rekaan Alia Bastamam itu agak seksi buatnya.

lisa surihani-10

Walaupun bahagian bahunya ditutup tetapi dress hitam ala kemban yang terdedah di bahagian atas dada dan terbelah hingga paras peha itu tetap mengundang teguran positif kepada Lisa.

lisa surihani-2

Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati Yusry sebagai suami untuk menjaga pakaian Lisa supaya lebih menutup aurat.

Apapun mungkin selepas ini Lisa lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai. Iyalah, sedikit sebanyak suami pun terjejas juga jika terpalit kontroversi, kan?

Kredit foto: Facebook Lisa Surihani

SKIP THIS AD ×