berita

Live Update, Berita Terkini, Laporan & Banyak Lagi Info PRU-14, Semuanya Di MyUndi!

April 25th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Setelah diumumkan tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jatuh pada 9 Mei 2018, mesti ramai di antara korang dah sibuk nak balik kampung kan? Excited nak mengundi ni!

Dalam kesibukan tu jugak, mesti korang nak tau update terkini PRU-14 contohnya berapa kerusi bertanding, berita terkini, parti mana yang dapat undian terbanyak setakat itu dan macam-macam lagilah! Mana nak tengok semua tu?

Berita PRU-14 seluruh Malaysia semuanya ada di MyUndi!

Haa kalau korang tak tau, Kumpulan Media Digital Nombor 1 Malaysia, Media Prima Digital (MPD) melancarkan portal MyUndi. Ia adalah portal berita yang melaporkan SEGALANYA tentang PRU-14 termasuk berita, video dan macam-macam lagi!

Untuk pengetahuan korang jugak, MyUndi adalah hasil kerjasama antara MPD, Media Prima TV Networks dan New Straits Times Press (M) Berhad. Portal MyUndi ni akan memaparkan laporan berita terkini tentang PRU-14 dari akhbar terkemuka negara kita antaranya Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times Press.

Bukan tu je, kat MyUndi juga ada laporan dan analisis terperinci dari stesen TV seperti TV3, ntv7, 8TV dan TV9! Tak cukup lagi, ada artikel-artikel dari platform berita digital NX Digital! Boleh akses semua laporan PRU-14 di hujung jari je! Senang kan?

Bukan sekadar berita, live update pun ada!

MyUndi juga akan sediakan live update Proses Penamaan Calon dan persediaan menjelang hari Pilihan Raya. Memang kami boleh kata MyUndi ni one stop directory untuk PRU-14, malah ia juga akan mengulas kembali Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk keputusan undi… Power kan?

Buat korang yang nak tau apa terjadi ketika hari mengundi tu nanti, live stream dari lokasi ‘panas’ seluruh negara juga ada di MyUndi! Banyak berita terkini bakal disediakan dan korang juga boleh berinteraksi dengan memberi komen dan sebagainya dari situ. Cool gila!

Portal MyUndi boleh diakses melalui komputer, smartphone dan tablet dengan melayari www.myundi.com.my dari mana-mana di seluruh dunia. Jom bukak link tu sekarang!

* Data untuk PRU 14 akan dikemaskini menerusi laman sesawang www.myundi.com.my pada Hari Penamaan Calon, 28 April 2018. 

Jangan lupa mengundi untuk PRU-14 nanti okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×