berita

‘Lokman Menyerlah Tapi Alina Nampak Lebih Ikhlas’ – Kejutan Mentor Otai, 4 Protege Ke Final!

April 23rd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pejam celik pejam celik nampaknya Mentor Otai 2018 yang bersiaran secara lansung setiap ahad telah pun hampir menuju ke penghujung. Persembahan sengit dari lima peserta pada malam ini sangat mendebarkan dan pastinya membuatkan penonton teruja untuk mengetahui siapakah yang layak bergelar juara pada minggu hadapan.

Jika minggu lalu Azee menjadi protégé yang paling menyerlah namun pada minggu ini nampaknya Elvira pula berjaya menambat hati para juri melalui persembahannya yang bertenaga. Padu beb!

‘Tak terkata, bulu roma semua berdiri’

Elvira sangat menjiwai persembahannya pada kali ini dengan menyanyikan lagu Matahariku dendangan asal dari Agnes Monika. Dia mendapat pujian yang cukup hebat dari juri professional yang mengakui sendiri kehebatan suara wanita ini sehingga tidak mampu berkata dan membuatkan bulu romanya berdiri sepanjang persembahan itu berlangsung.

Edry juga turut memberikan pujian kepada Misha Omar kerana memberi peluang kepada protegenya untuk lebih menyerlah dalam persembahan duet mereka pada malam ini sekaligus melayakkan Elvira merangkul status juara mingguan pada kali ini.

‘Strategi hebat, ambil aura dari nyanyian duet’

Sementara itu, persembahan Azee juga mendapat sambutan hangat apabila mendahului persembahannya dengan nyanyian secara duet bersama Zarul Umbrella dan mendapat undian yang agak tinggi dari juri awam. Protégé kepada Zarul Umbrella ini turut mendapat pujian dari Mark Adam dimana dia juga merupakan salah seorang juri pada malam ini dengan mengatakan bahawa Azee pastinya boleh buat yang terbaik dalam semua lagu yang diberikan kepadanya.

‘Loman lebih menyerlah, tapi Alina nampak lebih ikhlas’

Bagaimanapun hanya tiga protégé sahaja yang layak mara ke pusingan akhir walaupun masing-masing sudah memberikan yang terbaik pada malam ini. Selepas mendapat keputusan penuh dari para juri, Elvira, Azee, dan AJ telah terpilih untuk mara ke peringkat berikutnya.

Namun para juri, penyokong dan mentor telah pun bersetuju untuk tidak menyingkirkan dua peserta dalam pusingan separuh akhir ini sekaligus menyelamatkan Alina dan melayakkannya untuk turut mara ke pentas akhir mengiringi tiga lagi rakannya yang lain. Maka dengan itu keputusan untuk mengambil tiga sahaja peserta bagi pusingan akhir turut berubah menjadikan jumlahnya kepada empat peserta.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

SKIP THIS AD ×