berita

Luah Perasaan Rindu Di Laman Sosial, Miera Liyana Tipu Kenyataan Tiada Kekasih?

April 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

miera liyana

Beberapa hari lepas, Miera Liyana pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar tempatan mengatakan dirinya buat masa ini lebih mementingkan kerjaya berbanding cinta.

Mungkin itu satu kebenaran memandangkan pelakon cantik ini jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas percintaannya dengan Shahrizal Jaszle putus pada 2012.

Bagaimanapun, petang semalam OHBULAN! terpandang kemaskini Miera di laman Twitter meluahkan perasaan rindu kepada seorang lelaki yang dipercayai sedang menjalani hubungan istimewa dengannya waktu ini.

Miera Liyana-6

Miera Liyana-7

Menerusi laman Instagram pula, kedua-duanya dilihat mula berkongsi gambar-gambar bersama sejak bulan Mac yang lalu.

Tidak berapa lama dahulu, Miera pernah memberitahu media dia ingin mencari lelaki bukan dari kalangan artis untuk dijadikan kekasih selepas kecewa dengan Shahrizal Jaszle.

Difahamkan, jejaka hitam manis bernama Hussein Mohamed Said ini merupakan pelajar kursus penerbangan di Australia.

Miera Liyana-2

Adakah Miera kini sudah menemui pengganti Shahrizal Jaszle? Jika benar dia enggan berbicara soal cinta, mengapa pula Miera dengan berani berkongsi perbualan mesra dan foto-fotonya dengan Hussein secara terbuka di laman sosial?

Mungkin hubungan mereka masih di tahap mengenali hati budi dan belum serius sepenuhnya. Apapun, jom tengok keserasian Miera dan jejaka berkenaan di bawah ini.

SKIP THIS AD ×