berita

‘Macam I Ni Pendera Budak’- Minta Tips Putus Susu, Nad Zainal Naik Angin Dituduh Tidak Mahu ‘Breastfeeding’ Anak

January 29th, 2018 | by Ai | 0 comments
Isu & Kontroversi

Sesetengah wanita berkerjaya pasti berdepan cabaran sukar disaat terpaksa berjauhan bersama anak-anak terutamanya yang masih bayi.  Di atas tuntutan kerja, anak-anak terpaksa ditinggalkan samaada bersama suami mahupun penjaga. Namun, segala keperluan haruslah disiapkan terlebih dahulu untuk memastikan tiada masalah yang berlaku disaat ibu berjauhan bersama anak-anak.

Itulah yang berlaku kepada pelakon, Nad Zainal yang ternyata berang dengan segelintir netizen yang menuduhnya sengaja mencari jalan untuk tidak mahu menyusukan anaknya, Fahad Ibrahim selepas dia meminta tip tersebut di laman sosial.

Tips putus susu

Terdahulu, Nad menerusi Instagramnya meminta tips daripada pengikutnya tentang bagaimana cara untuk memberhentikan anaknya itu daripada menyusu badan. Namun, pertanyaannya itu disalah ertikan oleh sesetengah netizen yang mendakwa Nad sengaja tidak mahu menyusukan anaknya itu.

Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais.

I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation.

Bukan secara drastik

Tambah Nad, tujuan dia mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak itu berada bawah jagaan suaminya. Selain itu, indakan itu dibuat bukanlah dilakukan secara drastik sebaliknya perlahan-lahan.

Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak.

Sumber: Mstar

Most Read Today