berita

Macam Mana Undian Korang Akan Dikira Selepas Mengundi? Ini Jawapannya…

April 10th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang yang dah biasa mengundi ketika Pilihan Raya Umum, pernah terfikir tak macam mana undi korang dikira? Yelah, dah datang beratur, pangkah undi, masuk dalam box, lepastu apa jadi? Macam mana diorang kira undi, bila diorang kira, siapa yang akan kira… Fuh, banyak tau proses dia!

Kalau korang nak tahu, proses kira undi adalah tugasan rumit dan setiap step perlu diteliti mengikut undang-undang yang ketat. Bagi menjawab segala persoalan korang dan membantu memahami proses tu semua, kali ni kitorang kongsikan apa yang terjadi di belakang tabir selepas tempoh mengundi tamat…

Siapa yang dibenarkan ada dalam bilik kiraan undi?

Bukan calang-calang orang boleh ada dalam bilik kiraan undi tau… Tak semua orang boleh masuk sesuka hati, hanya yang berkenaan saja dibenarkan! Antaranya…

  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Pegawai Pengerusi, pegawai lain dan pekerja yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Calon dan wakil Pilihan Raya mereka serta seorang wakil kiraan untuk setiap calon
  • Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Sesiapa yang diberi kuasa untuk mencatat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

Bagaimana undi dikira?

Settle je mengundi, semua orang balik… Masa tu lah proses kira undi bermula. Tapi, sebelum peti undi dibuka, Pegawai Pengerusi dan kerani yang ditugaskan untuk mengira kertas undi WAJIB memastikan tangan mereka bersih bagi mengelakkan kertas undi kotor atau merosakkan undi…

Lepas je diorang buka peti undi, pegawai akan menyusun kertas undi mengikut nombor siri. Kemudian calon dan wakil kiraan setiap calon akan mengesahkan nombor siri di atas kertas undi secara konsisten. Barulah pegawai akan mula mengira kertas undi selepas pengesahan nombor siri selesai…

Undi pos pun ada jugak. Yang tu macam mana pulak nak kira?

Untuk undi pos, proses kiraan akan dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Calon dan wakil kiraan atau wakil pilihan raya masing-masing akan dimaklumkan berkenaan masa dan lokasi di mana proses mengira akan dijalankan.

Selepas proses kiraan undi selesai, kertas undi yang sah dan rosak akan diletakkan dalam paket berasing dan dilekatkan pita untuk keselamatan. Paket tu semua akan ditandatangani oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan calon atau wakil kiraan mereka. Tapi, kalau ada undi rasmi tambahan, proses kiraan undi yang lain akan diadakan!

Kejap, siapa yang tentukan #undirosak & bagaimana boleh terjadi?

Hmm, macam mana nak tau undi tu rosak eh? Jom tengok beberapa contoh apa yang menjadikan #undirosak:

  • Tak dicop atau dilubangkan dengan tanda rasmi atau initial dari Pengawai Pengerusi
  • Mengundi lebih daripada satu calon untuk satu kertas undi
  • Tak bertanda atau ditandakan selain dari kawasan yang diarahkan
  • Pengundi tak menyatakan pilihan dengan terang

Sekarang, kuasa untuk menentukan #undirosak terletak di tangan Pegawai Pengerusi.

Bagaimanapun, Pegawai Pengerusi perlu menunjukkan kepada setiap calon dan wakil kiraan mereka kertas undi yang berkenaan dan mengambil kira pendapat mereka sebelum melabelkan ia sebagai kertas undi rosak…

Bagaimana pulak kalau calon tak setuju dengan keputusan lepas proses kiraan dijalankan?

Calon atau parti yang tak setuju dengan keputusan selepas proses kiraan undi dijalankan, boleh menghantar surat bantahan dengan mengisi petisyen Pilihan Raya di mahkamah.

Biasanya, ia berlaku kalau calon mengesyaki seseorang yang terlibat dalam proses kiraan undi terbabit dalam rasuah atau melanggar peraturan seperti yang ditetapkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Maka, Pilihan Raya di kawasan itu akan dijalankan semula jika mahkamah memutuskan tertuduh didapati bersalah!

Dah tau macam mana semua proses kiraan undi, so jangan lupa turun mengundi tau nanti!

Haa, sekarang korang dah tau kan macam mana proses kira undi dijalankan lepas semua orang settle mengundi? Kami harap penjelasan yang simple ni mampu memberikan korang gambaran yang jelas. Jadi, jangan lupa untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan paling penting…. JANGAN buat undi rosak okay!

Jom kita ramai-ramai mengundi!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×