Sebut saja Ratu Rock, secara automatik nama Ella terpacul di fikiran. Memang nama Ella sudah cukup sebati dalam kalangan peminat muzik rock tempatan. Boleh juga dilabel living legend Ella ni sebenarnya. Lagu-lagunya kekal relevan dan masih digemari sehingga kini.
Namun penampilan Ella ketika menjayakan sebuah konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat perhatian pereka fesyen meningkat naik, Hatta Dolmat. Malangnya, Hatta sebagai pereka fesyen tidak berapa berkenan dengan fesyen digayakan malam itu. Teruk ke?
Jangan pelik-pelik sangat Kak Ell. Tak rock langsung!
Hatta meluahkan pendapatnya di Twitter mengenai salah satu pakaian digayakan pada malam Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas awal bulan ini. Hatta berpendapat penampilan sekarang tidak menunjukkan dirinya sebagai seorang bintang rock terkenal.
Tambah panas, Hatta mengatakan fesyen berkenaan seperti ular sawa membelit tubuh penyanyi itu. Berdasarkan kapsyen di Instagram Ella, dress hitam dengan ropol metalik melingkar di bahagian dada berkenaan adalah rekaan jenama tempatan, Mimpi Kita.
Turut tinggalkan komen di Instagram
Tidak hanya meluahkan perasaannya di Twitter, Hatta turut meninggalkan komen dengan nada serupa di akaun Instagram Ella. Namun penyanyi itu dilihat tidak membalas komen berkenaan.
Dipersetujui seorang peminat
Kenyataan Hatta itu dipersetujui seorang peminat Ella yang berkongsi pendapat sama. Padanya, dia merindui imej Ella yand dulu iaitu t-shirt dengan stail rock. Penampilan kali ini dilihat terlalu sarat dan berat untuk dibawa Ella.
Antara look berbeza Ella di malam berkenaan
Sumber: Astro Awani , Ella Aminuddin