berita

Mahu Butik Di Rumah, Nails On Wheels Sedia Berkhidmat!

March 4th, 2014 | by Noraniza
Kini Trendy

Nails On Wheels

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, sudah tentu perlu nampak sempurna bukan? Namun, kadang-kala untuk keluar semata-mata mendapatkan rawatan mani & pedi dilihat bagaikan tidak berbaloi.

Mana taknya, dengan perlu menempuh kesesakan jalan raya yang tiada kesudahan, kemudian berlegar-legar pula di ruang parking shopping mall, sudah tentu membuatkan penulis terfikir berkali-kali. Kesudahannya, penulis sering membatalkan hasrat dan melepak sahaja di rumah.

Namun, lebih kurang sebulan yang lalu, sedang penulis mencari ilham menyiapkan artikel dan menyelinap masuk ke beberapa laman web yang menyediakan khidmat rawatan kecantikan, mata penulis lantas tertarik dengan servis yang  ditawarkan oleh Nails On Wheels (NOW).

NOW PIC-2

NOW hanya menggunakan jenama terkemuka untuk rawatan mani & pedi

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, maka penulis segera mencari informasi mengenai NOW di laman sesawang. Menarik! Bukan sahaja menyediakan rawatan mani & pedi, malah pelbagai pakej lagi disediakan!. Antara rawatan lain yang disediakan ialah massage, waxing dan juga pakej rawatan istimewa untuk bakal mempelai.

Tetapi, apakah keistimewaan sebenar NOW? Buat pengetahuan anda, NOW adalah sebuah butik yang mobil! Maksudnya, ia akan datang ke mana sahaja lokasi yang diminta, tidak kiralah di rumah, di taman permainan mahupun di pejabat.

NOW PIC-7Gadis Filipina ini merupakan salah seorang pekerja NOW yang menjadi kegemaran pelanggan.

Bersua muka buat pertama kali dengan pengasasnya, Sharina Manmohan membuatkan penulis sangat teruja! Percaya atau tidak, Sharina menguruskan perniagaan ini seorang diri dan turut menghantar pekerja-pekerjanya ke lokasi yang diminta.

Menurutnya lagi, idea untuk melaksanakan butik mobil ini tercetus apabila dia seringkali perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan mani & pedi. Daripada idea yang pada mulanya hanya dijadikan bahan jenaka, akhirnya atas dorongan kuat daripada keluarganya, Sharina berjaya membuka NOW.

NOW PIC-6Pekerja NOW dilatih terlebih dahulu sebelum boleh melakukan rawatan terhadap pelanggan

Sambil rancak bersembang dengan Sharina yang amat ramah itu, pekerjanya tangkas memulakan rawatan mani & pedi. Setiap pergerakan dilihat begitu professional dan tertib.

Rupa-rupanya, setiap orang pekerja di NOW telah dilatih di pusat kecantikan terkemuka selama beberapa bulan sebelum dibenarkan menjalankan tugasan masing-masing. Malah, anda pasti kagum dengan kelengkapan warna dan juga kebolehan pekerjanya untuk mereka pelbagai corak di kuku anda.

NOW PIC-3Pilih sahaja warna kegemaranmu!

Mahu tengok hasilnya? Sememangnya penulis amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi menerusi Shiny Mani & Pedi ini. Kuku nampak lebih segar dan bermaya berbanding sebelum rawatan. Penulis bagi 5 bintang! Mana taknya, kilatannya memang tahan lama.

Harga untuk rawatan asas mani & pedi bermula daripada RM 140 bagi wanita manakala untuk kaum lelaki, jangan khuatir, NOW juga boleh melakukan rawatan yang sama dengan harga permulaan RM 150 sahaja.

Bagi penulis, walaupun harganya sedikit tinggi berbanding rawatan di butik kecantikan yang biasa, namun ianya berbaloi apabila anda boleh melakukan rawatan kecantikan ini di zon selesa anda iaitu rumah sendiri. Apa salahnya mahu berbelanja lebih semata-mata mahu memanjakan diri sendiri bukan?

NOW PIC-8Kilatan rawatan Shiny Mani & Pedi tahan lama

Sambil menonton televisyen atau sekadar bersantai bersama yang tersayang, penulis dapat merakan servis NOW adalah sangat relevan kini. Lebih mengujakan lagi, jika rawatan mani & pedi itu dilakukan secara berkumpulan bersama sahabat rapat. Sambil itu, bolehlah buka laman OHBULAN! dan bincang mengenai gosip-goip tentang dunia hiburan kan?

NOW yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di Harper’s Bazaar Awards ini juga menjadi butik mobil kegemaran selebriti dan juga sering dijemput untuk membuka booth mereka di majlis-majlis korporat.

NOW PIC-5Sempat bergambar bersama pengasasnya yang sangat sporting dan ramah

Nak tahu lebih lanjut mengenai NOW? Apakata anda layari laman facebook Nails On Wheels atau hubungi terus pengasasnya menerusi nombor 0126899293.

Sebelum itu, untuk mengelakkan sebarang pertembungan temujanji, pastikan anda buat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum ya! Al-maklumlah, permintaan temujanji NOW kini sangat memberangsangkan. Apa lagi! Jom kita call sahaja Sharina dan booking tarikh!

NOW PIC-1Thanks a lot Sharina!!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×