berita

Main Badminton Dan Berpeluang Untuk Masuk Kegelanggang Bersama Chan Peng Soon? Wah Best Ni!

September 28th, 2017 | by Murni | 0 comments
24.8K
reads
2.7K
shares
Gaya Hidup

Korang mesti ada sukan yang digemari kan? Contohnya bola sepak, bola baling, bola tampar, badminton dan sebagainya. Waktu petang tu kalau nak beriadah, setakat main kat padang atau depan rumah je. Tapi korang mungkin tak tahu yang sebenarnya minat dan bakat korang tu sangat besar. Mana tahu, kalau join perlawanan boleh menang kan? 

Nak tahu tak, untuk sesiapa yang ada skill main badminton tu korang boleh join pertandingan ini. Nak tahu apa yang korang akan dapat kalau menang? Ha surprise! Tapi sebelum itu, korang boleh baca dulu sedikit sebanyak tentang pemain badminton yang profesional ni. Siapa ek?

Kenal tak siapa Chan Peng Soon ni? Kalau korang suka main badminton, mesti tahu siapa dia ni!

Meh admin nak bagitahu serba sedikit siapa sebenarnya Chan Peng Soon ni. Beliau berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Kuala Lumpur. Chan Peng Soon telah meraih debut antarabangsa pada tahun 2006 dan beliau juga dikatakan telah bermain badminton secara profesional sejak berumur 12 tahun. Wuish dah lama rupanya!

Chan Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying (kiri)

Chan Peng Soon adalah pemain badminton profesional Malaysia dalam acara beregu. Gandingan beliau bersama Goh Liu Ying sering menjadi sebutan kerana mereka secara konsisten berada di peringkat 10 pemain beregu campuran teratas di dunia. Chan dan Goh telah meraih kedudukan tertinggi dalam ranking dunia No. 3 pada tahun 2013 dan memenangi pingat perak pada tahun 2016 Olimpik Rio. Hebat bukan?

Chan Peng Soon (kanan) bersama Cheah Yee See (kiri)

Gandingan Chan bersama Cheah juga telah berjaya meraih pingat gangsa untuk Southeast Asean Games, 2017. Memang hebat!

 Chan Peng Soon – Ranking history

Chan Peng Soon juga dikatakan telah meraih kemenangan yang tidak boleh dilupakan iaitu ketika pertandingan Commonwealth Champion pada tahun 2010 dan 2014 – Team Event. Memang power habis dia ni! Beliau juga bercita-cita untuk memenangi pingat olimpik suatu hari nanti. Admin yakin cita-cita dia akan tercapai dengan pencapaian yang telah diraih dan juga skill yang beliau miliki.

Korang nak lawan dengan Chan Peng Soon? Wow betul ke ni?

Korang nak peluang berentap dengan Chan Peng Soon di gelanggang badminton? Biar betul? Ya, peluang macam ni jangan dilepaskan! Ikuti langkah mudah ini:

Main badminton dan hantarkan keputusan permainan korang kepada server dan berpeluang untuk menentang Chan Peng Soon!

Kami akan pilih 30 pemenang dan setiap pemenang bakal membawa pasangan untuk ke peringkat final

30 pemenang ini akan bersaing dan hanya pasangan yang terpilih bakal beraksi bersama Chan Peng Soon

Bermain lebih dan korang mungkin berpeluang untuk berlawan dengan Chan Peng Soon!

Kalau korang memang nak sangat bermain badminton dengan Chan Peng Soon ni, sila imbaskan QR kod atau gunakan handphone korang dan mungkin akan terpilih untuk menjadi salah seorang yang akan masuk kegelanggang bersama Chan Peng Soon dan juga partner beliau iaitu Cheah Yee See pada hari perlawanan nanti. Ha sebelum itu, korang kena join dulu. Mana tahu dapat berganding dengan mereka berdua nanti. Excited kan?!! Hehe

Untuk imbas QR kod tu, korang semua boleh klik di link ini! Goodluck semua!! Dah dapat jumpa Chan Peng Soon dan Cheah Yee See nanti jangan lupa selfie hantar dekat admin ye. Hehe