berita

Main ‘Tikam Belakang’, Pelakon Utama Fast & Furious Berang Dengan The Rock?

April 6th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Nama Dwayne ‘The Rock’ Johnson sememangnya dikenali ramai. Mula membina populariti di bidang gusti (WWE) sehingga lah menjadi aktor punyai bayaran paling tertinggi di Hollywood. Boleh katakan setiap filem lakonannya mendapat sambutan peminat satu dunia antaranya Jumanji, San Andreas, Central Intelligence, Fast and Furious dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, dikhabarkan bahawa The Rock mungkin tidak akan tampil pada francais kesembilan Fast and Furious oleh kerana tindakannya mengkritik pelakon senior, Vin Diesel. Seorang lagi pelakon utama filem itu, Tyrese Gibson turut tidak berpuas hati dengan bekas penggusti kegemaran ramai itu. Baca untuk berita selanjutnya.

The Rock kritik Vin Diesel kerana disiplin?

Menemui temu bualnya bersama Rolling Stone, The Rock berkata bahawa dia tidak akan tampil dalam Fast and Furios 9 yang bakal ditayangkan pada 10 April 2020. Menurutnya, walaupun tidak terlibat tetapi ia tak bermakna dia akan meninggalkan produksi filem aksi itu.

The Rock kini mempunyai rancangan untuk membuat spin-off filem berkenaan bersama seorang lagi pelakon Fast and Furious, Jason Statham. Filem itu hanya akan menumpukan kepada dua watak iaitu Luke Hobbs (The Rock) dan Deckard Shaw ( Jason Statham) tanpa watak asal filem berkenaan.

Dikhabarkan faktor sebenar mengapa The Rock tidak tampil dalam filem itu ialah berpunca daripada tindakan pelakon itu mengkritik salah seorang pelakon lelaki utama sebagai tidak profesional. Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai dapat meneka bahawa mesej itu ditujukan kepada Vin Diesel yang dikatakan sering lambat ke lokasi sehingga menyebabkan penggambaran tertangguh.

Tyrese Gibson tampil pertahan Vin Diesel

Dari kiri: Mendiang Paul Walker, Pelakon utama Vin Diesel dan Tyrese Gibson

Salah seorang pelakon asal Fast and Furious, Tyrese Gibson tampil mempertahankan Vin Diesel yang dianggapnya seperti abangnya sendiri. Menurutnya, selama ini Diesel telah bekerja keras untuk mempertahankan filem berkenaan dan setiap wataknya sejak sekian lama.

Apa yang membuatkan Tyrese lagi marah adalah bila dia mendapat tahu The Rock menghantar kertas cadangan untuk menerbitkan filem spin-off filem itu dan atas sebab itu juga mengakibatkan Fast and Furious 9 tertangguh. Filem spin-off filem itu akan membuka tayangan  pada 26 Julai 2019,

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×