berita

“Mak Kena Makan Juga” – Video Pelajar Ini Kongsi Bekal Dengan Ibu Buat Kami Sebak

May 3rd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Siapa di antara korang rajin bawak bekal pergi sekolah masa kecik dulu? Admin pun! Masa rehat mungkin beli air je, jadi jimat duit belanja kita, boleh masuk tabung! Apa yang nikmat bila bawak bekal ni, dapat rasa masakan ibu… Lagi-lagi bila mak bekalkan nasi goreng, nasi lemak, nasi ayam, bihun goreng, sedap betul kan?

Baru-baru ni admin ada jumpa satu video yang mengisahkan hidup seorang adik bernama Devan yang rajin bawak bekal pergi sekolah… Bila waktu rehat dia akan makan dengan kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia selalu tanya ‘eh, kau bawak bekal apa tu?’

Tapi, ada satu babak bila Devan start makan, buat kitorang sebak habis. Cuba korang tengok sendiri, mengalir jugak air mata beb…

Korang tengok dulu video penuh tu kat sini:

Mak bekalkan ikan kembung tapi makan separuh je

Bila time rehat, kawan-kawan Devan semua beli makanan kat kantin tapi Devan sorang je yang makan bekal dari mak. Tengah sedap makan tiba-tiba loceng habis rehat bunyi… Kelam kabut semua nak masuk kelas. Kalau korang perasan, Devan baru makan separuh ikan kembung tu. Sebenarnya, bukan dia tak sempat makan, tapi…

Devan nak share separuh lagi ikan tu dengan mak dia

Mak Devan, Puan Letchumi rajin melakukan 2-3 kerja demi menyara keluarga kecilnya. Devan tau mak dia penat cari duit, sebab tu dia simpan separuh ikan supaya mak dia boleh makan lepas kerja. Lagi sweet, makan sama-sama!

Mak makan, Devan makan juga”

Baik kan Devan? *air mata admin dah menitik ni*

Ada satu hari, Devan tak makan pun ikan kembung tu. Eh, kenapa?

Sama macam hari biasa, Devan tak lupa bawa bekal nasi dan ikan kembung sebelum ke sekolah. Tapi yang peliknya, Devan tak sentuh dan makan pun ikan kembung tu. Bila balik, dia bagi mak dia makan lepas kerja. Mak dia pelik kenapa Devan tak makan langsung ikan kembung tu? Dia tak lapar ke? Rupa-rupanya…

Kat sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Patutlah Devan tak makan langsung ikan kembung tu… Rupanya kat sekolah dia ada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dah kenyang makan RMT, jadi dia boleh bagi mak dia makan bekal yang dia bawak tadi. Kan jimat! Baik kan Devan?

Kalau korang tak tau, RMT adalah pelan bantuan makanan tambahan yang direka untuk membantu pelajar sekolah rendah yang kurang bernasib baik.

Matlamatnya adalah untuk menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk membantu pelajar menumpukan perhatian lebih baik dalam kelas serta membantu dalam pertumbuhan mereka.

Sehingga 2014, seramai 1.51 juta pelajar telah mendapat manfaat daripada Rancangan Makanan Tambahan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Devan adalah salah seorang daripanya”

Siapa yang layak menerima RMT?

RMT hanya layak buat pelajar sekolah rendah dari kawasan luar bandar atau keluarga berpendapatan RM580-RM930 sebulan. Pengagihannya akan dikira berdasarkan harga pasaran barangan dan dilaksanakan di 190 sekolah setahun. Nilainya pula adalah RM1.80 untuk Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Bukan RMT je, ada banyak lagi penekanan lain untuk pendidikan antaranya…

Di samping program RMT yang memberikan pelajar makanan seimbang untuk fokus dalam kelas, kerajaan pun ada sediakan lebih banyak strategi modal insan dan pendidikan sebagai garis panduan bagi menentukan masa depan Malaysia yang lebih cerah. Beberapa pelan yang holistik dirancang antaranya:-

  • Bantuan RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi
  • 5 juta pelajar dilengkapi dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0 dalam masa 5 tahun
  • Menaik taraf semua sekolah daif di seluruh negara dalam tempoh 5 tahun di luar bandar
  • Memadankan penuntut universiti dan bakal majikan di peringkat lebih awal melalui Jawatankuasa Pemadanan Pekerjaan di bawah program SL1M 2.0
  • Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi melalui skim latihan dan penawaran kadar upah berpatutan
  • Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas seperti pelepasan cukai
  • Menaik taraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di semua sekolah berkaitan untuk membuka peluang dan potensi pendidikan anak kelainan upaya
  • Menaikkan had Insentif Khas Geran Sepadan untuk Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia kepada RM1,000
  • Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak yang kurang bernasib baik
  • Pemanjangan tempoh pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Sebenarnya ada baaanyak lagi strategi modal insan dan pendidikan yang kerajaan lakukan bagi menjamin masa depan Malaysia yang lebih cerah. Mana nak baca semua tu?

Layari laman web Better Nation untuk lebih info mengenai Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan banyak lagi inisiatif pendidikan kerajaan… Jangan lupa follow sekali akaun media sosial Facebook, Twitter, Instagram & YouTube Better Nation ya. Jom kita bersama membina kehidupan bermakna!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×