berita

Marc Jacobs Mengegarkan Si Pencinta Fesyen Dengan Koleksi 2012!

September 10th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Lilitan eksklusif lagi memukau mampu menambat hati si pemakai untuk kekal melangkah lebih berani dan berkeyakinan. Tambahan pula jika lilitan di tubuh badan itu mampu memberikan keselesaan pada si jelita dalam apa jua persekitaran. Kini, Marc Jacobs membawa pendekatan yang mampu menarik minat si pemakai dalam penggayaan. Dengan revolusi terbaru, Marc Jacobs menampilkan koleksi 2012 yang dihasilkan daripada material berkualiti tinggi serta mampu menampilkan imej manis si pemakai terhadap pakaian yang dipergayakan.

Koleksi menarik ini digabungkan berdasarkan ketepatan reka bentuk ketenteraan dan geometri dalam pengayaan. Penggunaan rona warna terdiri daripada warna neutral hitam, putih dan kelabu dengan sedikit tambahan warna ceria iaitu biru dan merah. Hasil gabungan rona warna dan reka bentuk dapat dijelaskan daripada sudut aspek berbeza. Elemen-elemen yang direka dicetak dengan cetakan sopan dengan kombinasi unsur-unsur klasik feminin.

Fantasi fesyen ini memberi seribu satu erti hasil daripada reka bentuk tersebut. Bertemakan mempertahankan diri, Marc Jacobs mereka bentuk sesuatu pakaian dengan berunsurkan kekejaman tatkala melangkah dimana diperhalusi dengan corak dan warna yang menonjolkan ketegasan.

Seterusnya, Marc Jacobs memaparkan sebilangan model pakaian dengan imej tersendiri dengan maksud tersirat yang dapat menjelaskan kelainan fesyen tersebut. Hasil potongan mewah berdasarkan daripada fabrik sutera kashmir, baldu mewah dan sebagainya menyerlahkan kesempurnaan si pemakai.

Model-model Marc Jacobs kelihatan berarak tatkala muzik dimainkan dalam menerapkan emosi ketenteraan dimana mereka mengayakan kasut boot rata, topi ala-ala budak ‘drummer’, kot tentera dan seluar pegawai, dan skirts bercetakkan bunga gelap.

Marc Jacobs memaparkan perarakan sekolah gadis berkumpulan diilhamkan lengkap dengan skirt berlipat, baju bulu sederhana dan pakaian ringkas. Palet warna berasaskan warna tradisional iaitu hitam, merah, tentera laut dan nilam.

Berikut merupakan koleksi pakaian hebat 2012 daripada Marc Jacobs :

Sumber : Facebook Club 21 Malaysia

SKIP THIS AD ×