berita

Masalah Zizan Razak, Marina & WireFame : Betul Ke Emma Jadi Punca?

June 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Fotor062794730

Sebenarnya konflik syarikat WireFame Entertainment (WFE) yang diterajui oleh Zizan Razak dan Marina Juki selaku rakan kongsinya dah lama diperkatakan.

Tapi masing-masing belum pernah duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah tapi lebih selesa menggunakan media untuk berbalas kenyataan. Malangnya apa yang dikatakan oleh kedua-dua seringkali bercanggah.

Tak cukup dengan isu Emma Maembong yang bakal disama WFE kerana melanggar kontrak syarikat, terbaru Johan As’ari dan Kaka Azraff yang bernaung di bawah syarikat itu membuat laporan polis kerana mendakwa tak menerima bayaran gaji selepas Zizan membekukan akaun.

Screen-Shot-2014-02-10-at-12.39.57-AM

Mungkin orang luar tak mengerti apa sebenarnya yang terjadi antara Zizan dan Marina hingga perkara ini menjadi besar. Tapi ada sesetengah pihak menuding jari kepada Emma dan menyalahkan hubungannnya dengan Zizan sebagai punca kepada masalah ini. Takkan sampai macam tu sekali?

Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera.

Apapun mengenai tuduhan Zizan yang menganggap dia menyeludup wang syarikat, Marina harap selebriti itu dapat menampilkan bukti yang sewajarnya.

IMG_6537

Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun lalu iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.

Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.

Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan.

Saya harap Zizan dapat luangkan masa bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat. Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.”

Sementara itu, Marina memberitahu dia telah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30% saham syarikat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×