berita

Masih Ada Peluang Untuk Korang Sertai Peraduan Shell Menang RM5,000 Hari-Hari Sebab…

January 10th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Haa..haritu kami ada bagitahu yang Shell bersama BonusLink ada menganjurkan satu peraduan iaitu Menang RM5,000 Hari-Hari dimana, seorang pelanggan akan dipilih setiap hari untuk memenangi hadiah wang tunai RM5,000 kan?

Haa..kalau korang nak tahu, peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari ni dah pun dilanjutkan tempohnya! Yahoo!

Isi minyak dan menangi RM5,000!

Apa yang korang kena buat adalah:

Leret kad BonusLink yang berdaftar di mana-mana stesyen minyak Shell seluruh Malaysia.

Pam minimum RM30 untuk petrol atau diesel. (dikira sebagai satu penyertaan).

Berpeluang untuk menangi RM5,000!

Yang lagi menarik, pemenang juga akan menerima 50,000 Mata Ganjaran BonusLink sekiranya menggunakan kad BonusLink mereka di kedai rakan niaga BonusLink yang lain dalam bulan yang sama. Cool! 

Tak banyak masa dah untuk korang rebut RM5,000!

Peraduan Menang RM5,000 Hari-Hari ni dah pun bermula dan korang hanya ada masa hingga 31 Januari 2018 untuk memenangi ganjaran hebat ni.

Cepat grab peluang keemasan ni guys! Kalau korang nak tahu lebih lanjut, klik www.shell.com.my/LebihEkstra

 

 

SKIP THIS AD ×