berita

‘Masih Terbayang Wajah Anak’ – Tidak Dapat Pergi Kerja, Perkongsian Ini Buat Netizen Sebak

September 19th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Di media sosial, ramai yang berkongsi rasa sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa anak-anak tahfiz baru-baru ini. Tidak dapat kami bayangkan hari-hari yang terpaksa dilalui keluarga mereka, anak yang menjadi harapan tiba-tiba hilang sekelip mata.

Seperti perkongsian salah seorang pemilik Jakel ini, Datuk Nizam. Dia mendapat pesanan whatsapp dari pekerja, ibu mangsa tahfiz memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja.

Tidak boleh masuk kerja

Bacalah msg yg dihantar oleh ibu kepada 2org anak yg terkorban kebakaran Tahfiz kepada saya.

I’m speechless!… can u imagine how she feel?
Salam Datuk. Saya minta maaf masih tak boleh masuk kerja. Tak mampu nak lalui perjalanan hidup ini. Bagi saya masa. Terbayang bayang anak2 saya dlm setiap waktu. Kerna setiap hari sebelom pergi kerja saya akan jumpa anak2 saya. Ya Allah berilah kekuatan pada saya. Maaf dan terima kasih atas segala bantuan yg Datuk telah berikan. Semoga Allah akan merahmati Datuk Sekeluarga. Saya sangat sedih dan hancur luluh hati bila anak yg saya lahirkan hilang begitu sahaja. Allah maha tahu. ?

Masih terbayang wajah anak

Saya sangat sedih

Dato’ Nizam merupakan salah seorang pemilik Jakel Mall telah berkongsi perbualan whatsapp bersama pekerjanya. Pekerjanya itu merupakan ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran tahfiz. Memang sedih baca. Semoga ibu ini diberikan kekuatan.

Sumber : nizamjakel

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×