berita

Media Indonesia Iktiraf Ashraf Sinclair & BCL Sebagai Pasangan Serasi

December 17th, 2012 | by Ai
Hollywood

Semakin jarang kita mendengar berita mengenai Ashraf Sinclair selepas dia berkahwin bersama penyanyi dan juga aktress dari Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Terbaru, media dari Indonesia mengiktiraf Ashraf Sinclair dan juga Bunga Citra Lestari sebagai pasangan paling serasi bersama 9 lagi pasangan selebriti dari Indonesia. Untuk sebuah industri hiburan yang besar seperti di Indonesia, ini adalah satu perkara yang baik dan mengujakan.

Dalam sebuah laporan oleh Kapanlagi, Ashraf dan Bunga yang telah bernikah pada 8 November 2008 dikatakan sentiasa pergi ke mana-mana majlis dan juga lokasi kerja bersama. Dalam isu penjagaan anak pula, kedua selebriti ini tidak pernah berkira dan saling bantu-membantu membesarkan anak mereka, Noah Sinclair, yang telah dilahirkan pada 22 September 2010.

Seronok kalau semua pasangan selebriti di Malaysia pun sentiasa bahagia seperti Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari, kan?

Berikut adalah senarai pasangan selebriti di Indonesia yang juga diiktiraf sebagai pasangan paling serasi:

1. Irwansyah – Zaskia Sungkar
2. Hanung Bramantyo – Zaskia Adya Mecca
3. Baim – Artika Sari Dewi
4. Ardie Bakrie – Nia Ramadhani
5. Ernest – Nirina Zubir
6. Andhika Pratama – Ussy Sulistiawaty
7. Christian Sugiono – Titi Kamal
8. Armand Maulana – Dewi Gita
9. Donna Agnesia – Darius Sinathrya

SKIP THIS AD ×