berita

MediaPad M5, Tablet Gaming Terbaru Daripada Huawei

July 17th, 2018 | by Noraniza
Kini Trending

Dengar cerita, Huawei ada produk baru iaitu MediaPad M5! Jom tengok specialty tablet gaming ni!

Sejak hujung 2017, industri game pada peranti mudah alih semakin mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia. Bermula dengan game seperti Mobile Legend, PUBG dan Rules of Survivor permainan-permainan ini juga turut dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi.

Terbaru, dalam usaha untuk meluaskan lagi jaringan industri gaming mudah alih, Huawei telah memperkenalkan tablet gaming mereka melalui model MediaPad M5. Secara asanya, Huawei MediaPad merupakan sebuah tablet yang mempunyai kuasa pemprosesan yang tinggi membolehkan anda bermain dengan lebih puas melalui skrin yang lebih lebar dan besar.

Skrin dan Rekaan

Terdapat dua model yang dilancarkan Huawei iaitu MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro. Dari segi rekaan Huawei MediaPad M5 berjaya membawakan rekaan yang moden dan slim bagi membolehkan pengguna memegang dengan selesa. Huawei MediaPad M5 dilengkapi dengan skrin 8.4-inci manakala MediaPad M5 Pro hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 10.8-inci.

Menariknya, kedua-duanya dilengkapi dengan speaker berteknologi daripada Harmon Kardon membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman bermain game secara 3D dan stereo. Best bukan?

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model dilengkapkan dengan processor Kirin 960 beserta 4 GB RAM. Dari segi kamera, MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro dilengkapi dengan kamera 13-megapixel.

Perbezaan MediaPad M5 dan MediaPad M5 Pro

Apa yang membezakan model biasa dan Pro adalah MediaPad M5 Pro dilengkapi dengan M-Pen dimana pengguna berpeluang menggunakan stylus untuk melakukan kerja harian dengan mudah. Selain itu, perbezaan skrin dapat dilihat dimana model Pro ditawarkan saiz 10.8-inci berbanding 8.4-inci pada model MediaPad M5.

Bateri yang dilengkapkan pada MediaPad M5 adalah 5,100 mAh manakala MediaPad M5 disertakan dengan bateri berkapasiti 7,500 mAh. Masing-masing turut dilengkapkan dengan teknologi Huawei Quick Charge membolehkan tablet ini dicas dengan penuh pada kadar dibawah 2 jam.

Harga

Menyoal dari segi harga, Huawei MediaPad M5 bakal mula ditawarkan pada harga Rm1,499 bermula 13 Julai manakala model MediaPad M5 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM1,899 dan bakal ditawarkan seawal 25 Julai ini.

Buat kaki game diluar sana yang mahukan kepuasan di setiap game yang dimainkan, mendapatkan Huawei MediaPad M5 mungkin pilihan yang berbaloi. Penawaran speaker yang mantap beserta paparan yang besar dan jelas pastinya merancakkan lagi permainan anda seakan pemain profesional.

Sumber artikel: MediaPad M5, Tablet Gaming Terbaru Daripada Huawei

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×