berita

Memang Kami Dah Putus – Pekin

May 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

 

Pekin-Ibrahim

Kisah percintaan pelakon Pekin dan Uqasha bukanlah satu isu baru dalam industri hiburan tanah air. Beberapa bulan lalu, kami difahamkan hubungan jejaka ini dengan Uqasha sudahpun berakhir.

Tetapi, ia masih tidak dapat dipastikan kerana kedua-duanya seolah-olah memberikan jawapan yang bercanggah. Namun hari ini, melalui laporan sebuah akhbar tempatan, Uqasha tampil menjelaskan bahawa dia dan Pekin tidak pernah bertunang.

Kami telahpun menghubungi Pekin untuk mendapatkan respon daripada tuan punya badan sendiri dan Pekin mengakui dia dan Uqasha sudah tiada apa-apa kaitan lagi.

event-M-STAR-173-630x420

Pekin menjelaskan dia sudah penat untuk menjawab pertanyaan berhubung perkara ini dan menganggap semuanya sudah pun selesai.

Memang kami dah putus dan tiada apa-apa hubungan, saya pun dah move on. Perkara pun sudah selesai dan tiada apa pun nak diperbesarkan. Sekarang ini, dia dengan hidup dia dan saya dengan hidup saya.

Saya sebenarnya nak berdiam, tapi bila diam orang semakin bercerita. Sebelum ini kenyataan saya disalahtafsirkan, saya cuma berfikiran positif dan berserah pada tuhan.

Begitulah jawapan yang diberikan oleh pelakon yang popular dengan filem ‘Bunohan’ ini. Pekin juga mengharap agar semua spekulasi mengenai hubungannya tidak diperbesarkan lagi.

Saya dah taknak bercerita pasal ini lagi dan hanya nak fokus pada kerjaya sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, Pekin kini baru selesai menjalani penggambaran filem Juvana dan bakal menjalani penggambaran filem terbarunya iaitu Ophilia bersama Que Haidar.

SKIP THIS AD ×