berita

Menerima Gelaran Doktor Di Usia Muda, Adik Fathia Latiff Curi Tumpuan

July 3rd, 2018 | by Shafika
Lensa Insta

Fasiha Latiff adik kepada pelakon, Fathia Latiff baru sahaja menamatkan pengajiannya di Trinity College Dublin. Paling mendapat perhatian netizen apabila adik pelakon itu menerima gelaran doktor di usia muda. Sudahlah cantik, bijak pulak itu! Memang beauty with brain sungguh!

Semoga kisah ini memberi inspirasi buat anak muda di luar sana. Apa-apa pun kami dari Ohbulan! mengucapkan setinggi tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini.

Doktor di usia muda

Buat pengetahuan korang, kolej ini adalah satu-satunya kolej konstitusi di University of Dublin. Ianya merupakan sebuah universiti penyelidikan yang terletak di Dublin, Ireland. Kolej ini diasaskan pada tahun 1592 oleh Ratu Elizabeth I sebagai “ibu” universiti baru, dimodelkan selepas universiti-universiti di Oxford dan Cambridge.

Gelaran “Trinity College” dan “University of Dublin” biasanya sinonim untuk tujuan praktikal. Ia adalah salah satu daripada tujuh universiti lama Britain dan Ireland, serta universiti tertua Ireland yang masih hidup. Trinity College dianggap sebagai universiti paling berprestij di Ireland dan antara yang paling elit di Eropah.

Bersama keluarga

Kalau korang perasaan, tahun ini Fatiya Latiff bersama keluarganya beraya di Dublin. Rupa-rupanya sempena meraikan hari graduasi adiknya yang bakal menerima sijil kedoktoran. Ramai netizen yang memuji adik pelakon ini. Bukan senang nak masuk ke kolej ini tau. Semoga terus berjaya!

Netizen puji

Sumber : Fasiha Latiff

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×