berita

Mengaku Ditahan Polis Di Kelab Malam Tapi Along Eyzendy Nafi Ambil Dadah

August 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-13 at 11.23.03 AM

Ish.. Dadah? Mendengar perkataan itu sahaja dah buat saya meremang bulu roma. Effect dadah ni bukan sikit-sikit. Pendek kata, boleh porak-porandakan kehidupan.

Sekitar bulan April lalu kontroversi mengenai Along Eyzendy didakwa ditahan di sebuah kelab malam yang menawarkan khidmat seks di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur sekaligus dikatakan positif mengambil dadah jenis ganja memang buatkan saya tercengang.

Artikel Berkaitan: Didakwa Ambil Dadah, Along Eyzendy Dinasihatkan Tidak Beri Komen

Malah, menerusi laporan mStar Online, Along mengaku bahawa dia ditahan polis di kelab malam tersebut. Eh, nanti dulu. Jangan cepat sangat buat penilaian. Baca penjelasan Along sampai habis ya!

811b81001c92cdc9503fbf509Antara adegan Along Eyzendy dalam filem Khurafat

“Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan.

Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.”

Along juga memberitahu bahawa ahli keluarganya memang marah dengan kontroversi tersebut, namun akhirnya mereka faham ia merupakan lumrah yang harus diterima sebagai seorang artis.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×